closer

 

Back

Latest News

Program Singgah Syawal

Pantai Hospital Batu Pahat August 17, 2012
Posted under Corporate Social Responsibility, News, Press Release

Batu Pahat – Mengambil keberkatan bulan Ramadan dan juga syawal yang bakal tiba, Pantai Hospital Batu Pahat telah mengadakan satu program amal dengan menjemput 10 keluarga dari golongan Asnaf yang di senaraikan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk diberikan sumbangan hasil daripada jualan “Car Boot Sale” yang diadakan pada 4 Ogos 2012.

         Ketua Pegawai Operasi Pantai Hospital, En Mohd Shafee Awang berharap, dengan sumbangan yang diberikan ini, serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang hadir justeru sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan dapat memberikan keceriaan pada mereka yang menerima.

          Turut hadir pada program itu, wakil daripada Pejabat Agama Islam Batu Pahat, Puan Norhasmiza dan juga warga pengurusan Pantai Hospital Batu Pahat.

            Program anjuran Pantai Hospital Batu Pahat itu mendapat kerjasama, Kelab Sukan Dan Rekreasi Pantai Hospital Batu Pahat dan juga Kelab Mummy Love, yang merupakan kumpulan sokongan Kempen Penyusuan Ibu Pantai Hospital Batu Pahat.

            Sementara itu, menurut Puan Norhasmiza, program yang di lakukan ini adalah perlu untuk kita tidak sentiasa alpa dalam membantu golongan-golongan fakir bertepatan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan juga kedatangan bulan Syawal yang bakal tiba agar kemeriahannya dapat di kongsi bersama.

            Selain sumbangan yang diberikan, pihak Pantai Hospital Batu Pahat juga ada menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan tekanan darah, ujian gula  dan  kolesterol dalam darah, disamping  memeberi khidmat nasihat dan kaunseling dalam penjagaan kesihatan.

                    

              Program ini juga diteruskan dengan memberikan sumbangan melalui rumah-rumah yang di namakan program “Singgah Syawal” di mana dua daripada 10 penerima sumbangan tidak dapat hadir atas sebab-sebab kesihatan. Sumbangan ini di sampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Pantai Hospital Batu Pahat dan kakitangan  hospital.  

Related News/Events

Our Hospitals