Pantai Hospital Ayer Keroh, pusat perubatan pertama perkenal pembedahan robotik

Published On: 15/03/2025

Pacu pelancongan kesihatan Melaka

Sektor kesihatan Melaka terus terkehadapan dengan pengenalan teknologi robotik dalam pembedahan yang dibawa Pantai Hospital Ayer Keroh.

Ketua Menteri Datuk Seri UtamaAb Rauf Yusoh berkata, teknologi terkini itu berupaya memberi nilai tambah kepada sector pelancongan kesihatan memandangkan negeri ini terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari Indonesia dan Singapura untuk mendapatkan rawatan.

Jelas beliau, menerusi sistem pembedahan robotik Da Vinci Xi, ia terbukti menjadi antara teknologi yang bukan sahaja terbaik dan selamat, bahkan lebih efisien apabila dapat mengurangkan kehilangan darah yang banyak selain mempercepatkan proses penyembuhan.

"Sudah pasti dengan adanya teknologi ini ia dapat memberi lebih keyakinan kepada pelancong kesihatan untuk datang dan menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan untuk mendapatkan rawatan.

"Tahniah diucapkan kepada Pantai Hospital Ayer Keroh kerana telah menjadi pusat perubatan pertama di Melaka memperkenalkan teknologi ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Sistem Pembedahan Robotik Xi Pantai Hospital Ayer Keroh di sebuah hotel, di sini, 21 Februari lalu. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Azhar Arshad; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem; barisan Exco Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Ek­ sekutif Pantai Hospital Ayer Keroh Tan Yew Aik serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut mengalu-alukan lebih banyak pusat perubatan di Melaka memperkenalkan teknologi terkini dalam bidang perubatan bagi menjadikan Melaka terus menjadi pilihan rakyat dan pelancong untuk mendapatkan rawatan.

Pembedahan robotik lebih selamat, percepat proses penyembuhan

Pantai Hospital Ayer Keroh menjadi hospital pertama di Melaka yang menggunakan teknologi pembedahan dengan bantuan robotikmene­ rusi sistem pembedahan generasi keempat, Da Vinci Xi.

Menerusi teknologi bantuan robotik tersebut, ini menjadikan prosedur pembedahan lebih pantas, mudah serta selamat untuk pe­ sakit serta pakar bedah amnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pan­tai Hospital Ayer Keroh, Tan Yew Aik berkata, pihaknya sudah mula menggunakan teknologi robotik tersebut sejak September tahun lalu dan kini sebanyak 30 pembedahan telah berjaya dilakukan.

"Menerusi teknologi bantuan robotik ini, prosedur pembedahan akan menjadi lebih mudah, misalnya seperti risiko kehilangan darah akan berkurangan, bukaan pembedahan lebih tepat, pesakit dapat sembuh lebih cepat dan kesakitan akan berkurangan.

"Pihak kami sudah mula melakukan 30 kes pembedahan dengan menggunakan teknologi bantuan robotik Da Vinci Xi bermula September tahun lepas dan rata-rata pesakit membabitkan mereka yang berumur 50-an hingga 70-an," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Sistem Pembedahan Robotik Da Vinci Xi yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab RaufYusoh, di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Azhar Arshad serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem.

Menurutnya, Pantai Hospital Ayer Keroh telah membuat pelaburan lebih RM10 juta bagi tujuan membawa Sistem Pembedahan Robotik Da Vinci Xi, di mana ia memfokuskan kepada pembedahan membabitkan urologi, ginekologi, kolorektal serta pembedahan am.

"Sudah tentu teknologi Da Vinci Xi ini adalah yang paling baik setakat ini, justeru menerusi pakar bedah kami yang berpengalaman, ditambah pula dengan keberkesanan teknologi ini mampu beri harapan cerah kepada pesakit kami bagi hadapi sebarang pembedahan yangkompleks dengan lebih berkesan dan selamat," katanya.

Walaupun ada yang menyifatkan sistem robotik bakal menggantikan fungsi tenaga kerja dalam bidang perubatan, namun beliau menepis perkara tersebut, sebaliknya, menjelaskan sistem tersebut masih memerlukan kawalan staf yang ramai dan bekerja dalam satu pasukan.

"Walaupun sistem ini menggunakan teknologi robotik, namun ia masih memerlukan kawalan serta pemantauan dari stafhospital serta bekerja sebagai satu pasukan. Pihak kami telah mendapatkan latihan di Guangzhou, China, sekali gus mendapat sijil pengiktirafan bagi kawalan sistem tersebut bagi tujuan memantau kawal selia sistern itu," ujarnya.

Untuk artikel penuh, klik sini:
https://www.melakahariini.my/e-paper/


Related Doctors
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart