Tulang & Sendi

Ortopedik adalah cabang kepakaran pembedahan yang menangani kecederaan dan penyakit sistem muskuloskeletal. Sistem muskuloskeletal terdiri daripada sendi, otot, tulang, ligamen, tendon, saraf, kulit dan tisu lembut badan yang lain. Masalah ortopedik yang biasa termasuk osteoartritis lutut, kecacatan tulang belakang dan pelbagai kecederaan sukan. Oleh kerana keadaan ini sangat mempengaruhi kualiti hidup, sangat penting bagi pesakit untuk mendapatkan rawatan berkualiti dari pengamal perubatan yang berpengalaman.

Pusat Penjagaan Pilihan untuk Rawatan Ortopedik anda

Apa yang menjadikan perkhidmatan dan hospital kami sebagai pusat rawatan pilihan orang ramai?

Kami adalah hospital yang diiktirah MSQH yang telah menjadi contoh komitmen kami terhadap kualiti dan keselamatan pesakit. Selain itu, Pusat Ortopedik dan Tulang Belakang di Hospital Pantai Ayer Keroh diketuai oleh pasukan Pakar Bedah Ortopedik, Pakar Bedah Artroskopi & Sukan dan Pakar Bedah Tulang Belakang yang komited dan berpengalaman. Doktor pakar kami yang terlatih terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana pelbagai kejayaan dan penghargaan buat mereka dalam penggantian sendi, artroskopi, gangguan tulang belakang, kecederaan sukan, pembedahan tulang belakang, pembedahan trauma dan ortopedik pediatrik.

Perkhidmatan Yang Tiada Bandingan

Apakah perkhidmatan yang tersedia di Pusat Ortopedik dan Tulang Belakang Hospital Pantai Ayer Keroh?

Dengan pasukan pakar bedah yang terlatih dan cemerlang, kami dapat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang merangkumi:

  1. Kaki & Buku Lali

    Kami menawarkan pengurusan komprehensif bagi:

    •  Fraktur buku lali dan kaki serta terseliuh
    •  Pembaikpulihan ligamen & artroskopi
    •  Penjagaan penyakit kaki diabetes
    •  Membetulkan kecacatan
  2. Tangan & Mikropembedahan
    •  Pengurusan kecederaan dan masalah tangan
  3. Onkologi Ortopedik
    •  Eksisi tisu lembut biasa dan tumor tulang
  4. Ortopedik Pediatrik
  5. Spina
    •  Pembedahan terbuka & instrumentasi spina
    •  Pembedahan tulang belakang invasif minimum (pembedahan laser dan pembedahan endoskopi perkutan)
    •  Pengurusan kesakitan (suntikan akar saraf, sekatan saraf radiofrekuensi, epidurolisis)
  6. Sukan & Artroskopi
    •  Pengurusan am dan khusus bagi pelbagai kecederaan sukan
    •  Lutut artroskopik dan pembedahan lutut (termasuk pembentukan semula ligamen seperti pembedahan Ligamen Krusiat Anterior)
    •  Pembedahan bahu artroskopik (pengurusan ketidakstabilan bahu, kaf rotator dan pembaikpulihan bankart)
    •  Pembedahan pinggul artroskopik
    •  Pembedahan regenerasi tulang rawan
  7. Trauma

    Kami menawarkan pengurusan fraktur dan komplikasinya secara menyeluruh yang termasuk fraktur pelvis dan asetabular serta pembentukan semula anggota badan.

Sebuah Pusat Dengan Teknologi Yang Maju

Apakah fasiliti dan peralatan yang ada di pusat anda?

Pusat kami juga dilengkapi dengan teknologi canggih dan peralatan perubatan seperti mesin imbasan DEXA. Mesin imbasan DEXA adalah mesin yang dapat mengukur kepadatan tulang anda dan menentukan risiko anda untuk mengalami osteoporosis dan fraktur. Mesin ini tidak memerlukan suntikan pewarna atau anestetik, tidak mempunyai persediaan khas atau perlu menanggalkan pakaian anda. Selain itu, kami juga mempunyai mesin Pengimejan Resonan Magnet (MRI) terbaru untuk memberikan imbasan terperinci bagi kecederaan tisu lembut.

Kombinasi pasukan terhebat dan kemudahan canggih melambangkan dedikasi kami dalam menawarkan rawatan menyeluruh kepada pesakit kami dari sudut diagnosis, rawatan hingga ke peringkat penyembuhan dan pemulihan. Kami turut bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Pantai untuk memastikan pesakit kami mengalami perjalanan pemulihan yang optimum yang dikendalikan oleh pasukan pakar pemulihan yang berdedikasi.

Hubungi kami untuk membuat temujanji hari ini.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience