Penafian

PENAFIAN LAMAN WEB PANTAI HOLDINGS SDN BHD DAN KUMPULAN SYARIKATNYA (“KUMPULAN PANTAI”):

Maklumat dan bahan yang terkandung di dalam atau yang diperolehi melalui laman web ini telah diwujudkan bagi tujuan pemakluman dan pendidikan sahaja. KUMPULAN PANTAI sama sekali tidak bersetuju atau mewakili, sama ada secara langsung atau tidak, mengenai ketepatan, kesahgunaan atau keseluruhan apa-apa maklumat yang terkandung atau yang dirujuk dalam laman ini dan KUMPULAN PANTAI tidak akan menanggung apa-apa liabiliti untuk sebarang kesilapan atau ketinggalan daripada kandungan laman ini mahupun apa-apa risiko atas penggunaan laman web ini oleh anda.

Rujukan yang dibuat berkenaan rawatan, produk, atau perkhidmatan tertentu tidak mewakili atau membayangkan saranan atau sokongan oleh KUMPULAN PANTAI. Ia tidak harus diambil kira sebagai nasihat perubatan serta tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnostik atau rawatan. Jika anda mempunyai masalah kesihatan, sila berunding dengan seorang profesional perubatan. Dalam apa jua keadaan sekali pun, KUMPULAN PANTAI tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa bentuk tindakan sekali pun yang mengakibatkan sebarang kegagalan prestasi, sistem, pelayan (‘server’) atau kegagalan perhubungan, ralat, ketinggalan, gangguan, pelanggaran keselamatan, virus komputer, kod hasad, kerosakan, kelewatan dalam pengendalian atau penyampaian, ralat penyampaian atau ketiadaan akses berhubung dengan tindakan anda mengakses laman web ini dan/atau menggunakan perkhidmatan dalam talian walaupun KUMPULAN PANTAI telah dimaklumkan tentang kebarangkalian berlakunya mana-mana kejadian ini.

Jika mana-mana satu bahagian laman web ini memberikan anda peluang untuk menyertai atau membaca daripada sesuatu forum, anda diingatkan bahawa sebarang komunikasi yang dibuat dalam forum mewakili pendapat individu yang membuat kenyataan tersebut dan tidak boleh dianggap sebagai pendapat KUMPULAN PANTAI. KUMPULAN PANTAI tidak akan bertanggungjawab atau menanggung apa-apa liabiliti bagi sebarang pendapat yang disuarakan dalam forum oleh sesiapa sahaja di bawah forum itu dan tiada sesiapa melalui forum itu dibenarkan untuk meletak, memuat naik, atau dengan lain-lain cara menghantar maklumat atau gambar yang berbentuk hasutan, menceroboh hak kerahsiaan atau lain-lain tindakan yang menyalahi undang-undang. KUMPULAN PANTAI berhak memantau sebarang maklumat yang dihantar atau diterima melalui mana-mana forum. KUMPULAN PANTAI atas budi bicara tunggalnya dan tanpa memaklumkan terlebih terdahulu, boleh pada bila-bila masa sahaja menilai, membuang atau menggunakan lain-lain tindakan untuk menyekat apa sahaja bahan yang dinaikkan atau mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku salah tersebut.

Loading...
Thank you for your patience