Perubatan Pernafasan

Perubatan pernafasan adalah pengkhususan yang melibatkan diagnosis dan rawatan sistem pernafasan (saluran pengudaraan, paru-paru)

Antara penyakit biasa yang kami rawat termasuklah:

Lelah

Lelah boleh dihidapi semua peringkat umur tetapi biasanya ia bermula sejak zaman kanak-kanak. Ia dicirikan dengan keradangan saluran pernafasan yang menyebabkan penyempitan berbalik saluran udara yang menyebabkan pengurangan udara yang masuk ke dalam paru-paru. Walaupun penyakit lelah sudah semakin kerap berlaku sejak 30 tahun lepas, kematian akibat lelah juga telah banyak berkurangan. Kami boleh membantu anda mengawal penyakit lelah anda agar anda boleh menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.

Bronkitis akut dan kronik

Penyakit penghalang pulmonari kronik (COPD)

Di samping lelah, dua penyakit sistem pernafasan ini adalah penyakit kesihatan yang membebankan. Biasanya ia dikaitkan dengan tabiat merokok, dan proses radang kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kesan ini tidak boleh dibalikkan sepenuhnya.

Paru-paru Berair

Embolisme pulmonari

Batuk Kering

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan kemunculan semula batuk kering. Berjumpalah dengan kami jika anda menghidap batuk yang tidak berhenti selama lebih tiga minggu dan turut mengalami peluh semasa tidur, kehilangan berat badan, demam suhu rendah dan/atau kahak berdarah

Pakar perubatan pernafasan kami yang berpengalaman menggunakan prosedur terkini bagi membantu proses diagnosis dan rawatan, termasuklah:

  • Bronkovideoskopi – Sebuah skop kecil yang dilengkapi perakam video dimasukkan ke dalam saluran udara (biasanya melalui hidung atau mulut) untuk mencari objek asing, tumor, pendarahan, atau keradangan. Selain kemampuan diagnostik, ia juga boleh melakukan rawatan seperti mengeluarkan halangan, mengeluarkan tumor, dan memasukkan stent
  • Bronkoskopi
  • Torasentesis – Ini adalah prosedur bagi mengeluarkan cecair berlebihan antara paru-paru dengan dinding dada. Cecair berlebihan, yang dikenali sebagai efusi pelura, boleh menyempitkan paru-paru dan menyebabkan kesukaran pernafasan
  • Pengaliran keluar pleura berbantu ultrabunyi, biopsi pleura
  • Ujian fungsi paru-paru

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience