Urinari & Sistem Reproduktif LelakiUrinari & Sistem Reproduktif Lelaki

Urologi merupakan kepakaran pembedahan yang melibatkan penyakit salur kencing serta organ pembiakan lelaki

Antara subpengkhususan pakar urologi kami adalah seperti berikut:

  • Penyakit urologi pediatrik
  • Kanser prostat, ureter, pundi kencing, dan organ pembiakan lelaki. Selain penapisan, penentuan peringkat, dan rawatan kanser, kami turut menawarkan pembedahan pembinaan semula
  • Ketidaksuburan lelaki – Kami menjalankan pembedahan mikro bagi membetulkan kecacatan sejak lahir dan mengeluarkan sperma bagi persenyawaan dalam radas
  • Kalkuli – Salah satu daripada penyakit urologi yang paling biasa berlaku, ia biasanya memberikan kesakitan akut di kawasan kelengkang dan bawah badan, atau darah dalam air kencing. Kami mempunyai kepakaran untuk menjalankan prosedur dengan tahap invasif minimum untuk menyingkirkan batu-batuan ini.
  • Uroginekologi dan inkontinens – Inkontinens merupakan simptom yang memalukan dan tidak menyelesakan bagi pesakit dan juga penjaganya. Kami menyediakan khidmat kaunseling dan pelan pengurusan praktikal bagi kedua-dua pesakit dan juga penjaga. Kini sudah ada banyak kaedah untuk merawat keadaan ini, termasuklah ubat-ubatan, latihan semula pundi kencing, serta prosedur pembedahan seperti pita, anduh, suntikan kolagen, dan pembedahan sfinkter.
  • Transplan – Pakar urologi kami sering bekerjasama rapat dengan pakar perubatan ginjal kami untuk merawat pesakit dengan kegagalan ginjal peringkat akhir.
  • Penyakit prostat – Hipertrofi prostat tidak berbahaya merupakan salah satu daripada penyakit yang paling biasa dihidapi lelaki berusia. Antara rawatan yang kami tawarkan termasuklah ubat-ubatan dan prosedur dengan tahap invasif minimum seperti TURP (pemotongan prostat melalui uretra)
  • Mati pucuk – Masalah yang rumit ini selalunya berpunca daripada pelbagai gabungan faktor. Kami dapat membantu untuk memahami dan bekerjasama dengan pesakit kami untuk memikirkan penyelesaian yang terbaik.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience