Telinga, Hidung & Tekak (ENT)

Doktor ENT mengkhusus dalam diagnosis dan rawatan penyakit telinga, hidung (termasuk rongga sinus), dan tekak (termasuk suara dan percakapan). Mereka juga turut merawat kanser kepala dan leher, dan boleh menjalankan rawatan pembedahan untuk apnea tidur obstruktif.

Pakar kami turut cekap terlatih dalam pelbagai subkepakaran seperti gangguan suara, ENT pediatrik, alahan, kanser telinga dan leher, dan gangguan tidur.

Antara penyakit biasa yang kami rawat termasuklah:

  • Berdengkur dan apnea tidur obstruktif (OSA)
  • Pembedahan kepala dan leher – Kami menilai dan merawat tumor malignan serta tumor tidak berbahaya bagi kepala dan leher (kelenjar air liur, kelenjar tiroid, kelenjar paratiroid, nodus limfa, tumor rongga mulut, nasofarinks, dan larinks)
  • Gangguan percakapan dan penelanan
  • Masalah telinga seperti gangguan pendengaran, gayat, jangkitan telinga, tinnitus, dan ketumbuhan seperti neuroma akustik, dan kolesteatoma
  • Gangguan hidung dan rongga sinus seperti sinusitis kronik, tumor sinus dan hidung, dan rinitis alahan.
  • ENT pediatrik – Kami menyediakan rawatan untuk tonsilitis berulang, pekak sejak lahir, dan jangkitan telinga

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience