Otak, Saraf & Tulang Belakang

Neurologi merupakan bidang diagnosis dan rawatan semua gangguan dan penyakit yang melibatkan sistem saraf pusat serta periferi.

Penyakit neurologi didiagnosis daripada catatan rekod yang terperinci, pemeriksaan saraf dan fizikal yang mendalam, serta siasatan yang bersesuaian

Penyakit neurologi berbeza daripada penyakit psikiatri. Penyakit neurologi melibatkan sebahagian daripada sistem saraf manakala penyakit psikiatri pula melibatkan keadaan kesihatan mental yang memberi kesan kepada perangai, pemikiran, dan kelakuan


Pembedahan Saraf

Pembedahan saraf merupakan pengkhususan pembedahan yang cuba menyembuhkan penyakit otak, saraf, dan saraf tunjang

Antara keadaan yang memerlukan pembedahan saraf termasuklah keretakan tengkorak dan pendarahan otak yang disebabkan trauma. Tumor otak dan tumor tulang belakang, saraf tunjang, dan saraf periferi juga mungkin memerlukan pengeluaran secara pembedahan yang dibuat pakar bedah saraf.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience