Tulang & Sendi

Ini merupakan bidang pembedahan berkaitan dengan kecederaan dan penyakit yang menjejaskan sistem otot rangka (tulang, sendi, ligamen, tendon, otot, dan saraf)

Pakar perunding ortopedik kami ialah pakar dalam rawatan kecederaan seperti keretakan tulang, kecacatan tulang belakang atau kaki dan tangan, atau penyakit kemerosotan jangka masa panjang seperti osteoartritis.

Kami merawat pesakit daripada semua peringkat umur:

  • Bayi atau kanak-kanak dengan kecacatan seperti kaki tombol dan skoliosis
  • Belia (remaja) yang memerlukan pembedahan menyelamatkan sendi
  • Pesakit berusia yang memerlukan penggantian sendi untuk masalah kemerosotan sendi

Pakar ortopedik kami mengetuai pasukan berbilang disiplin termasuklah jururawat, pakar fisioterapi, dan pakar terapi pekerjaan bagi membantu anda menjalani proses pemulihan.

Kebanyakan pakar ortopedik kami terlatih dalam pembedahan dengan tahap invasif minimum. Prosedur seperti ini selalunya menghasilkan lebih sedikit kesan sampingan dan juga masa pemulihan yang lebih singkat.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience