
Hospital kami dilengkapi dengan Pemecut Linear Elekta Synergy - IMRT (VMAT), atau lebih dikenali sebagai LINAC. Teknologi LINAC ini menawarkan rawatan radiasi bersasaran terhadap tumor, lalu meminimumkan kerosakan pada tisu sihat yang berhampiran. Dengan penggunaaan radioterapi berpandukan imej (IGRT),yang memberi tumpuan kepada penyetempatan dan posisi pesakit yang tepat, LINAC memastikan penyampaian radiasi yang tepat, sekali gus mengurangkan kesan sampingan dan meningkatkan hasil rawatan.