Maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan, waktu melawat, dan nasihat susulan.

Kemasukan

Kaunter kemasukan terletak di Lobi B, Tingkat Bawah, Blok B. (Waktu operasi 24 jam setiap hari).

Semua kemasukan memerlukan deposit dan/atau surat jaminan

Pesakit perlu mengisi borang keizinan selepas doktor menjelaskan tentang prosedur yang bakal dijalankan

Sila Bawa:

  • Kad pengenalan/pasport asal
  • Bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun: sijil kelahiran/kad pengenalan ibu

Pendaftaran Kelahiran

Semua kelahiran di Malaysia mesti didaftarkan di salah satu cawangan Jabatan Pendaftaran Negara. Selepas pendaftaran, bayi baru lahir akan diberikan Sijil Kelahiran.

Sila Bawa:

  • Salinan asal serta salinan fotokopi bagi Kad Pengenalan/permit kemasukan/pasport asal ibu dan bapa
  • Salinan asal serta salinan fotokopi Sijil Perkahwinan ibu dan bapa
  • Borang JPN.LM01 yang sudah diisi
  • Borang Pengesahan Kelahiran yang dikeluarkan oleh hospital
  • Buku/Kad Pranatal/Buku Merah untuk pemeriksaan kehamilan
Loading...
Thank you for your patience