Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi

Cabang perubatan obstetrik/ginekologi (O&G) merangkumi dua subkepakaran obstetrik dan ginekologi yang terkenal. Obstetrik memberi tumpuan kepada rawatan dan penjagaan wanita semasa kehamilan, kelahiran anak dan tempoh selepas bersalin. Sebaliknya, ginekologi merujuk kepada penjagaan dan rawatan keadaan perubatan yang mempengaruhi sistem reproduktif wanita yang merangkumi vagina, rahim, ovari dan payudara.

Di Hospital Pantai Ayer Keroh, kami komited untuk memberikan penjagaan yang selamat dan berkualiti kepada semua pesakit. Fasiliti O&G kami diketuai oleh pasukan doktor pakar yang berpengalaman dan mahir yang disokong oleh kakitangan yang terdiri daripada jururawat yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Barisan jururawat ini dilatih secara khusus dalam penjagaan neonatal, perbidanan dan penyusuan bagi memastikan anak anda yang baru lahir mendapat rawatan yang optimum sepanjang tempoh mereka berada dalam jagaan kami. Sementara itu, doktor pakar kami dilatih dalam kedua-dua subkepakaran yang membolehkan mereka turut sama mahir dalam pengurusan kesihatan wanita dan juga kehamilan. Latihan ini termasuk latihan dalam perubatan ibu-janin, ketidaksuburan dan perubatan reproduktif, onkologi, pembedahan rekonstruktif pelvis, perancangan keluarga, ginekologi pediatrik dan menopaus.

Jenama Yang Anda Boleh Percayai Bagi Penjagaan Bersalin

Hospital-hospital kami telah mendapat pengiktirafan dari Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) untuk kualiti perkhidmatan yang unggul yang seterusnya menjadikan kedudukan kami sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan pilihan untuk penjagaan O&G di seluruh negara. Sebagai institusi penjagaan kesihatan terkemuka, kemudahan O&G kami dilengkapi dengan peralatan perubatan terkini seperti pengimbas ultrabunyi langsung dengan kemampuan imbasan 3D, 4D, 5D dan HD dan pengimbas perubatan untuk melakukan ultrabunyi payudara dan mamogram.

Bagi wanita yang ingin melahirkan bayi mereka di hospital kami, mereka boleh mendapat perkhidmatan dan kemudahan yang lengkap, berkualiti tinggi dan selesa yang termasuk:

  • Bilik peribadi yang selesa dengan ruang peribadi yang luas
  • Perkhidmatan televisyen ASTRO
  • Kemudahan bilik yang termasuk loker pintar individu, televisyen skrin rata, bilik mandi bersambung, meja jantung, tempat tidur elektrik kawalan jauh, peti sejuk (untuk Bilik Deluxe Single sahaja), almari (untuk Bilik Single dan Double) dan sofa set (untuk Bilik Single-Bedded sahaja)
  • Kemudahan penjagaan bayi yang termasuk basinet, penghangat bayi dan lampufoto

Fasiliti O&G kami juga terdiri daripada bilik bersalin, ruang penjagaan asas dan khas, serta unit Rawatan Rapi neonatal yang berada di tahap akhir pembinaan.

Sejajar dengan pendekatan holistik kami terhadap rawatan pesakit, doktor pakar O&G kami di Hospital Pantai Ayer Keroh dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan untuk membantu wanita hamil mengalami tiga tahap kritikal kehamilan dengan selamat - semasa kehamilan, intrapartum (semasa bersalin) dan tempoh selepas bersalin.

Perkhidmatan-perkhidmatan ini termasuk:

Semasa kehamilan
  • Imbasan Ultrabunyi Langsung 3D / 4D / 5D / HD
  • Amniosentesis
  • Jahitan serviks
  • Imbasan pentarikhan (untuk menentukan usia gestasi kehamilan)
  • Penilaian awal kehamilan
  • Kehamilan ektopik
  • Imbasan perkembangan janin
Intrapartum (semasa bersalin)
  • Pembedahan caesarean
  • Histerektomi caesarean
  • Episiotomi & pembaikpulihan
  • Kelahiran forsep
  • Kelahiran normal
  • Kelahiran vakum
Tempoh selepas bersalin
  • Pengosongan produk konsepsi yang terlekat
  • Pembuangan plasenta secara manual

Sebagai alternatif, fasiliti O&G kami menyediakan beberapa perkhidmatan pemeriksaan ginekologi serta pelbagai modaliti berdasarkan pembedahan untuk merawat keadaan perubatan ginekologi yang mempengaruhi faraj, rahim, ovari, serviks dan tiub Fallopio secara efektif. Doktor pakar kami juga berkebolehan dalam menyediakan perkhidmatan perubatan untuk kawalan kelahiran atau keadaan kesuburan serta merawat gangguan lantai pelvis, penyakit radang pelvis dan barah yang mempengaruhi sistem reproduktif wanita.

Perkhidmatan saringan ginekologi yang disediakan di kemudahan kami termasuk:

  • Ultrabunyi abdomen
  • Biopsi serviks
  • Kolposkopi
  • Pensampelan endometrium
  • Histeroskopi
  • Ultrabunyi pelvis
  • Ultrabunyi transvaginal
  • Ujian patensi tiub

Modaliti rawatan dan perkhidmatan perubatan ini disediakan oleh fasiliti kami yang termasuk:

Vagina
  • Kolporafi
  • Labiaplasti
  • Ablasi laser ketuat
  • Vulvektomi radikal
Uterus
  • Pendilatan & kuretaj
  • Miomektomi terbuka dan laparoskopi
  • Histerektomi laparoskopi terbuka dan penuh
  • Histerektomi radikal
  • Histerektomi perut penuh dengan salfingo-ooforektomi bilateral (TAHBSO)
  • Histerektomi vagina
Ovari
  • Ooforektomi
  • Sistektomi ovari terbuka dan laparoskopi
Serviks
  • Polipektomi serviks
  • Krioterapi
  • LLETZ
Tiub Fallopio
  • Salfingektomi adenomiomektomi
  • Pembedahan tiub laparoskopi (neo-salfingostomi)
  • Salfingektomi terbuka dan laparoskopi
  • Pengikatan tiub terbuka dan laparoskopi
  • Pembalikan pengikatan tiub
Gangguan lantai pelvis
  • Adesiolisis
  • Pembaikpulihan lantai pelvis
  • Inkontinens urinari
  • Prolaps utero-vagina
  • Pembedahan uroginekologi vagina
Onkologi ginekelogi
  • Diseksi nodus limfa para-aorta dan pelvis
Kawalan kelahiran
  • Penyisipan alat pencegahan kehamilan (IUD)
  • Suntikan IM Depo-Provera
  • Penyisipan implanon
Kesuburan
  • Inseminasi intrauterin (IUI)
  • Pembedahan kesuburan lelaki

Hubungi kami untuk menempah janji temu anda hari ini.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience