Perkhidmatan Fisioterapi & Pemulihan

Ringkasan

Pusat Pemulihan kami menyediakan pelbagai perkhidmatan pemulihan bagi membantu pesakit kami untuk pulih. Kemudahan kami dilengkapi bagi membantu rawatan pesakit kami seperti untuk fisioterapi, terapi pekerjaan, serta terapi percakapan dan bahasa, antara lainnya. Pelbagai program berasaskan senaman juga dirangka khas bagi memenuhi keperluan individu setiap pesakit kami.

Pusat Pemulihan Bersepadu Pantai mempunyai kumpulan handal yang terdiri daripada lebih 100 ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan, dan ahli terapi percakapan dan bahasa. Kami sangat komited untuk Meneruskan Kemajuan Profesional dan kami menggunakan amalan terbaik bagi menawarkan program pemulihan dan kesejahteraan yang sebaik mungkin kepada para pesakit kami.

Terapi Pekerjaan

Terapi Pekerjaan melibatkan penilaian dan rawatan terperinci dengan matlamat untuk menggalakkan pesakit berdikari dalam Aktiviti Kehidupan Harian (ASL) seperti penjagaan diri sendiri, tugasan kerja rumah, dan aktiviti kerja/sekolah serta aktiviti riadah. Ahli terapi pekerjaan kami mengkhusus dalam membantu pesakit kami memperbaiki penggunaan fungsi tangan dan bahu mereka, membantu kanak-kanak dengan masalah perkembangan lambat atau ketidakupayaan belajar bagi mencapai potensi mereka yang tertinggi, menangani masalah dengan kognisi dan persepsi visual, serta menawarkan nasihat tentang peranti/pertolongan berbantu yang bersesuaian agar anda dapat menjalani ADL biasa anda. Khidmat nasihat dan pendidikan kepada pesakit turut disediakan.

Fisioterapi

Ahli fisioterapi kami membantu pesakit dengan simptom fizikal dan ketidakupayaan pergerakan yang disebabkan kecederaan atau penyakit bagi mendapatkan semula kebolehgerakan dan kesihatan mereka.

Perkhidmatan kami termasuklah:

  • Pemulihan Belakang/Leher: Pengurusan kesakitan, penilaian postur dan ergonomik, dan senaman penambahan kekuatan teras tubuh adalah antara teknik yang boleh digunakan untuk mengurangkan dan mengurus simptom sakit belakang akut atau kronik dalam kehidupan seharian.
  • Pemulihan untuk kecederaan sukan: Pengurusan kesakitan, pengubahsuaian aktiviti, dan penilaian/pembetulan teknik sukan digunakan untuk menyingkatkan masa pemulihan dan membenarkan pesakit kami menyertai semula dalam sukan kegemaran mereka.
  • Pemulihan pascapembedahan: Panduan dan saranan senaman yang sesuai diberi bagi memulihkan pesakit kami kepada keadaan sebelum kecederaan mereka berlaku, terutamanya selepas pembentukan semula ACL, pembaikan gelung otot bahu, atau penggantian lutut/pinggul penuh.
  • Fisioterapi kardiorespiratori: Pemulihan selepas pembedahan kardiotoraksik seperti pembedahan pintas, pembedahan penggantian injap, dan pembedahan paru-paru/abdomen disediakan sebagai strategi pencegahan dan untuk membantu mengurus aktiviti kardiotoraksik tekal bagi mencapai kualiti kesihatan yang lebih baik.
  • Pemulihan saraf: Rejimen senaman menyeluruh bagi membantu mendapatkan semula pergerakan dan fungsi otot normal selepas serangan angin ahmar, kecederaan saraf tunjang, kecederaan kepala, dan kecederaan lain.
  • Pemulihan vestibul (keseimbangan): Program pemulihan berasaskan senaman bagi membantu pesakit dengan kegayatan dan ketidakseimbangan yang terjadi kerana kekurangan dalam telinga dalam atau kerana gangguan sistem saraf pusat.

Perkhidmatan lain termasuklah:

  • Senaman selepas kelahiran: Senaman yang paling penting dalam masa beberapa hari selepas kelahiran adalah senaman lantai pelvis. Ahli fisioterapi kami boleh memimpin anda dalam senaman untuk pemulihan selepas bersalin.
  • Pemulihan onko: Ahli fisioterapi akan merangka program senaman bagi pesakit untuk membantu mereka membina semula kebolehan mereka untuk berfungsi tanpa mengharapkan bantuan sebanyak mungkin lalu mengoptimumkan kualiti kehidupan mereka.

Terapi Bahasa Percakapan

Terapi Bahasa Percakapan membantu pesakit memperbaiki kebolehan mereka untuk komunikasi, makan, minum, dan/atau menelan melalui siri rawatan. Ahli terapi bahasa dan percakapan kami akan mengadakan penilaian yang menyeluruh dan akan memberikan rawatan serta pengurusan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak. Kami juga membantu mengajar dan melatih ahli keluarga, penjaga, dan/atau kakitangan kejururawatan.

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience