Hospital Pantai Cheras terletak hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur dan hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Hospital dengan 127 katil ini menempatkan lebih 70 perunding berkelayakan tinggi serta 4 pegawai perubatan tetap. Hospital ini menawarkan perkhidmatan dan kepakaran perubatan yang menyeluruh termasuklah neurologi, oftalmologi, perubatan dalaman, ortopedik, dan banyak lagi.

Hospital Pantai Cheras tertumpu pada kepuasan pesakit dan pelanggan, dan sentiasa menyediakan penjagaan kesihatan yang mudah diakses kepada warga Cheras serta kawasan berhampiran.

Pantai Hospital Cheras is one of 14 hospitals operated by Pantai Holdings Sdn Bhd (Pantai Group), which is part of Parkway Pantai Limited, a subsidiary of IHH Healthcare Berhad (IHH).


Latar Belakang Parkway Pantai

Parkway Pantai Limited merupakan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terbesar di Asia dengan 31 hospital di serata rantau itu, termasuklah di Singapura, Malaysia, India, China, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.


Latar Belakang IHH Healthcare Berhad

IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.

Loading...
Thank you for your patience