Klinik Pakar Diet | Pantai Hospital Laguna Merbok

Sokongan Pemakanan untuk Kesihatan dan Gaya Hidup

Pemakanan memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan dan pemulihan. Pegawai Dietetik Klinikal kami bekerjasama dengan doktor dan kakitangan sokongan, termasuk jururawat, ahli farmasi dan ahli fisioterapi, untuk memberikan penjagaan menyeluruh mengikut keperluan setiap pesakit.

Kami menyediakan sokongan pemakanan untuk membantu anda mengurus keadaan kesihatan, mencapai matlamat berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Pengurusan Berat Badan & Gaya Hidup

  • Program untuk menurunkan atau menambah berat badan
  • Pelan pemakanan untuk mengurangkan lemak dan membina otot
  • Panduan pemakanan dan gaya hidup sihat
  • Perancangan makanan untuk individu dan keluarga
  • Bimbingan pemakanan dan perubahan tabiat
  • Terapi Pemakanan Perubatan untuk Dewasa & Kanak-kanak

Sokongan pemakanan untuk masalah kesihatan seperti:

  • Penyakit jantung dan kolesterol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes dan pradiabetes
  • Diabetes gestasi
  • Pemulihan strok dan malnutrisi
  • Penyakit buah pinggang
  • Gout
  • Masalah pemakanan kanak-kanak seperti obesiti, 'picky eater', tumbesaran terbantut dan diabetes Jenis 1 & 2

Waktu Konsultasi

  • Ahad hingga Khamis: 8:30 pagi – 5:00 petang
  • Jumaat: 8:30 pagi – 1:00 petang
  • Tutup: Sabtu dan Cuti Umum

*Temujanji diperlukan. Untuk temujanji dan pertanyaan, sila WhatsApp 019-409 5388 atau hubungi 04-442 3888.

Pakej & Promosi

Lihat Lagi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience