Perbidanan dan Sakit Puan

Penjagaan Menyeluruh untuk Wanita di Setiap Peringkat Kehidupan

Di Pantai Hospital Laguna Merbok, kami memahami bahawa perjalanan kesihatan setiap wanita adalah unik. Sama ada anda sedang merancang kehamilan, sedang mengandung, atau menghadapi masalah sakit puan, Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan (O&G) kami sedia membantu anda.

Kenali Pakar O&G Kami

Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan kami terdiri daripada empat pakar yang berpengalaman, disokong oleh jururawat yang mesra dan prihatin serta terlatih dalam bidang perbidanan, penjagaan neonatal dan sokongan penyusuan, bagi memastikan ibu dan bayi menerima penjagaan terbaik.

Menyokong Perjalanan Kehamilan Anda

Bersalin adalah pengalaman yang istimewa, dan kami sedia membantu untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan selesa. Bermula dari imbasan pertama, hinggalah ke saat melahirkan dan penjagaan selepas bersalin, kami akan menemani anda di setiap langkah.

Perkhidmatan materniti kami merangkumi:

  • Konsultasi dan nasihat pranatal
  • Pemeriksaan antenatal berkala
  • ‘Detailed scan’
  • Imbasan ultrasound 3D/4D
  • Ujian saringan genetik untuk bayi
  • Perkhidmatan bersalin dan kelahiran
  • Penjagaan untuk kehamilan berisiko tinggi (contoh: kencing manis semasa hamil, tekanan darah tinggi, kembar)
  • Sokongan selepas bersalin dan panduan penyusuan
  • Perancang keluarga dan nasihat tentang kontraseptif
Penjagaan Kesihatan Sakit Puan Anda

Kesihatan wanita bukan sekadar tentang kehamilan. Kami juga bersama anda dalam menguruskan isu kesihatan, saringan berkala atau keadaan sakit puan yang lebih kompleks.

Kami menyediakan rawatan dan penjagaan untuk:

  • Kehamilan ektopik
  • Endometriosis
  • Ketumbuhan dalam Rahim (fibroid)
  • Penjagaan awal untuk masalah kesuburan
  • Isu berkaitan menopaus
  • Masalah haid (seperti haid tidak teratur atau terlalu banyak)
  • Sokongan dan penjagaan selepas keguguran
  • Ovarian Cyst
  • Penyakit Radang Pelvis (PID)
  • Prolaps organ pelvis
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Penyakit Jangkitan Seksual (STD)
  • Masalah kawalan kencing (urinary incontinence)
  • Diagnosis dan pengurusan awal kanser sakit puan
Rawatan Microwave Ablation (MWA) – Kaedah Minimal Invasif untuk Fibroid

Kami teruja untuk menawarkan prosedur Microwave Ablation (MWA), satu pilihan minimal invasif bagi wanita yang mengalami masalah Rahim bengkak dan juga ovarian cyst. MWA menggunakan tenaga gelombang mikro untuk mengecut dan memusnahkan tisu yang tidak normal, memberikan pemulihan lebih cepat dan ketidakselesaan yang minimum berbanding pembedahan tradisional.

Kelebihan Microwave Ablation:

  • Tiada luka besar pembedahan
  • Masa prosedur lebih singkat
  • Pemulihan lebih cepat
  • Kurang sakit selepas rawatan
  • Pengurangan saiz fibroid yang berkesan

Jika anda mengalami masalah fibroid atau sedang mencari rawatan alternatif yang kurang invasif, dapatkan rundingan bersama doktor kami untuk mengetahui sama ada MWA sesuai untuk anda.

Saringan Kesihatan Untuk Wanita

Kami percaya kepada kuasa pencegahan dan pengesanan awal. Oleh itu, kami turut menawarkan:

  • Saringan Pap smear
  • Vaksinasi HPV (untuk mencegah kanser serviks)
  • Saringan kanser sakit puan
  • Saringan kesihatan pra-perkahwinan
  • Pemeriksaan kesuburan

Dapatkan temujanji bersama Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan kami untuk sebarang masalah kesihatan wanita, sama ada berkaitan sakit puan atau kehamilan dan bersalin.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart