Tiroid lebih cenderung kepada Wanita. Namun begitu, masih ramai lagi wanita tidak mengambil tahu tentang masalah ini.
Menurut Pakar Bedah Am, Pantai Hospital Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah, Dr. Husna Syakirah Ab. Rahman, ada dua jenis masalah atau gangguan hormon tiroid iaitu hyperthyroidism dan hypothyroidism. Hyperthyroidism terjadi apabila hormon tiroid dihasilkan secara berlebihan. Ada juga pesakit ambil mudah dengan simptom-simptom yang sudah ditunjukkan sehingga berlaku komplikasi.
Perlu bagi seseorang pesakit yang sudah didiagnos dengan gangguan tiroid untuk mendapatkan rawatan supaya tidak belaku komplikasi yang boleh membahayakan nyawa. Bagi pesakit yang mempunyai masalah gangguan tiroid, rawatan perubatan perlu dimulakan segera. Selain rawatan pakar, gaya hidup termasuk mendapatkan tidur yang cukup, tidak minum kafein dan kerap menenangkan diri untuk mengelakkan kerisauan dapat mencegah tiroid. Selain itu, penyakit ini boleh menganggu emosi dan rutin harian jika tidak dirawat segera.