
Peranan utama bahagian kecemasan adalah memberi rawatan awal yang penting kepada pesakit termasuk memastikan pesakit berada dalam keadaan stabil dari segi pengudaraan, pernafasan, pengaliran darah dan kecacatan. Jika pesakit sudah distabilkan, langkah seterusnya adalah memastikan jenis kecederaan dialami pesakit dengan cara pemeriksaan fizikal penuh, X-ray dan imbasan jika perlu sebelum pesakit dirujuk kepada pakar.
purata kes bahagian kecemasan kebiasaannya bergantung kepada kapasiti hospital sama ada awam atau swasta dan kepadatan penduduk di sekitar hospital terlibat.
Kebiasaannya pesakit akan dinilai di bahagian triage untuk menentukan tahap keseriusan kes.
Terdapat tiga kategori biasa digunakan oleh bahagian kecemasan iaitu Merah (Kritikal) yang perlu dilihat serta-merta, Kuning (Berisiko Tinggi) yang perlu dilihat dengan segera atau kurang dari 30 minit dan Hijau (Tidak Kritikal).
Mana-mana hospital akan memberi prioriti kepada pesakit kategori Merah dan Kuning untuk dilihat dan distabilkan terlebih dahulu kerana boleh melibatkan kehilangan nyawa.
PERSEDIAAN DI BAHAGIAN KECEMASAN
Paling kurang ada seorang waris yang sentiasa bersedia di luar bahagian kecemasan, terutamanya bagi golongan warga emas yang mungkin sukar memberikan sejarah penyakit serta ubat-ubatan.
Waris pesakit juga perlu patuh kepada garis panduan disediakan pihak hospital. Antara contohnya:
Tidak meluru masuk ke bahagian kecemasan sehingga mengganggu kakitangan perubatan merawat pesakit
Tidak mengambil gambar atau video tanpa kebenaran.
Mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.