Cari maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan, waktu melawat, dan nasihat susulan.

Kemasukan

  •  Kaunter kemasukan terletak di lobi hospital di tingkat bawah
  • Waktu operasi kaunter pejabat hadapan:
    • Isnin ke Jumaat: 7 pagi – 6 petang
    •  Hujung minggu: 7 pagi – 1:30 tengah hari
  •  Waktu operasi Jabatan Kemalangan & Kecemasan:
    • 24 jam

Kemasukan

  • Jika doktor memaklumkan anda yang anda perlu darah disediakan sebelum pembedahan anda, anda mesti mendaftar masuk hospital sehari sebelum pembedahan dijadualkan
  •  Bagi pembedahan harian, sila tiba sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu prosedur yang dijadualkan
  •  Pusat pembedahan harian dibuka:
    •  Isnin ke Jumaat: 8:30 pagi – 5 petang
    •  Sabtu: 8:30 pagi – 1:30 tengah hari
    •  Ahad dan cuti awam: Atas Dasar Tunggu Sedia
  • Jika ujian makmal atau prosedur siasatan diperlukan, ia biasanya dijalankan selepas anda mendaftar kemasukan anda

Sila Bawa

  • Kad pengenalan/pasport/sijil kelahiran/kad FIN
  •  Sila ambil maklum kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/waris terdekat mungkin diperlukan
  •  Borang penilaian kemasukan hospital
  •  Borang kebenaran (untuk pembedahan atau prosedur)
  •  Borang khidmat nasihat kewangan bagi pengenaan bayaran oleh doktor
  •  Surat rujukan doktor
  •  Kad faedah perubatan atau surat jaminan daripada penyedia insuran anda/majikan (hanya tertakluk kepada syarikat dengan persetujuan kredit bersama pihak hospital)
  •  Senarai ubat-ubatan yang sedang diambil pesakit berserta dosnya (untuk kes pembedahan harian)Z
  •  Barangan penjagaan diri peribadi

Pendaftaran Kelahiran

  • Semua kelahiran mesti didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara
  •  Selepas pendaftaran dibuat, bayi baru lahir itu akan diberikan sijil kelahiran. Pendaftaran kelahiran biasa merujuk kepada pendaftaran yang dibuat dalam masa 14 hari selepas kelahiran bayi dalam Malaysia
  •  Sila bawa:
    •  Pemberitahuan kelahiran hidup
    •  Kad pengenalan ibu bapa
    •  Sijil perkahwinan ibu dan bapa
    •  Borang JPN.LM01 yang siap diisi
  • Dokumen tambahan yang diperlukan untuk warga asing
    • Pasport ibu dan bapa
    •  Kad pengenalan Malaysia ibu dan bapa (jika berkenaan)
  •  Dokumen tambahan diperlukan bagi pendaftaran oleh wakil:
    • Surat memberi kebenaran daripada ibu bapa kepada bayi baru lahir itu yang ditandatangani kedua-dua ibu dan bapa
    •  Kad pengenalan/pasport wakil
Loading...
Thank you for your patience