20229671626471019 20229671626471019
Penjagaan Pencegahan
Penyakit Berjangkit

Penyakit Seperti Influenza (ILI): Apakah yang perlu anda tahu?

29 Oktober 2022 · 5 mins read

Topics








Ketahui lebih lanjut tentang Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan gejalanya serta perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegahnya.

Apakah Penyakit Seperti Influenza (ILI)?

Di Malaysia, Penyakit Seperti Influenza (ILI) boleh berlaku sepanjang tahun. Ia serupa dengan COVID-19 kerana boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dengan titisan pernafasan daripada batuk dan bersin.

Apakah gejala ILI?

Gejalanya termasuk:

  • Demam gred tinggi melebihi 38.0ºC
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Seram sejuk
  • Sakit tekak
  • Sesak hidung
  • Sakit otot
  • Kelesuan

Gejala gastrousus seperti loya, muntah dan cirit-birit kadangkala boleh muncul seiring influenza, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Dalam kebanyakan kes, gejala hilang dalam masa 10 hari. Namun, bagi sesetengah orang, gejala boleh menjadi semakin teruk dalam masa 48 jam.

Siapakah yang berisiko menghidapi ILI?

Kumpulan individu berikut adalah berisiko dijangkiti ILI:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Wanita hamil
  • Orang yang mempunyai masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah ILI?

Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mencegah ILI. Ia serupa dengan langkah yang diambil untuk mencegah jangkitan COVID-19.

  • Amalkan penjarakan sosial
  • Gunakan pelitup muka jika bertemu dengan sesiapa
  • Elakkan daripada keluar jika anda tidak sihat
  • Basuh dan bersihkan tangan dengan kerap
  • Pastikan persekitaran sekeliling anda bersih
  • Amalkan gaya hidup aktif dan sihat

Perlukah saya mendapatkan vaksin menentang influenza?

Satu lagi langkah yang boleh membantu mencegah ILI menjadi lebih teruk ialah vaksinasi menentang influenza.

Mendapatkan vaksin influenza mungkin tidak menghalang anda daripada dijangkiti penyakit tetapi dapat mengelakkan komplikasi penyakit yang teruk.

Rujuk doktor anda tentang vaksin influenza yang bersesuaian.

Apa yang perlu dibuat jika anda mengesyaki anda menghidap influenza?

Jika anda menunjukkan gejala penyakit seperti influenza dan anda mengesyaki dijangkiti influenza, anda harus mendapatkan rawatan perubatan.

Anda juga perlu mengkuarantin diri anda dan duduk di rumah bagi mengelakkan sentuhan dengan orang lain.

Kebanyakan orang yang dijangkiti influenza mempunyai gejala ringan dan tidak perlu dimasukkan ke hospital atau ubat antivirus. Walau bagaimanapun, jika gejalan anda semakin teruk, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Buat janji temu di Hospital Pantai

Jika anda tahu anda berisiko tinggi mengalami komplikasi berkaitan influenza, atau jika anda risau tentang penyakit tersebut, sila dapatkan nasihat doktor anda.

Untuk membuat janji temu pemeriksaan kesihatan, sila hubungi pusat saringan kesihatan di Hospital Pantai yang berhampiran dengan anda.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmen terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Artikel Dicadangkan