Accident and Emergency Services NEW
Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan
Pakar Bertugas
24 jam Perkhidmatan Ambulans
Imbasan CT Terkini & Bilik Pembedahan

Kemalangan & Kecemasan

Jabatan Kemalangan & Kecemasan Hospital Pantai Klang dibuka 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecederaan atau kecemasan perubatan, siang dan malam, setiap hari. Pasukan doktor dan jururawat di jabatan Kemalangan & Kecemasan telah dilatih secara khusus untuk menguruskan situasi kecemasan. Mereka akan segera menilaikan situasi menggunakan kaedah klasifikasi. Kes-kes paling teruk dengan keadaan yang mengancam nyawa akan diutamakan, sementara kes-kes lain mungkin perlu menunggu selama 30 minit, bergantung pada bilangan pesakit yang ada di jabatan Kemalangan & Kecemasan.

Selain pakar kecemasan yang akan menilaikan dan menguruskan kes anda, ada juga doktor pakar dan pakar bedah berbilang disiplin yang turut bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan yang rumit.

Klasifikasi & Masa Menunggu

Sistem klasifikasi mengkelaskan pesakit menurut kategori supaya mereka yang perlukan perubatan segera dapat dibantu lebih awal. Penilaian akan dibuat menurut tahap kesakitan pesakit setibanya mereka di unit kecemasan.

Gambaran keseluruhan bagi tiga kategori sistem keakutan klasifikasi;

Zon Merah: Kecemasan

  • Keakutan
  • Mengancam nyawa atau anggota

  • Penilaian semula yang dicadangkan
  • Berterusan

  • Contoh
  • Pegun kardiopulmonari, gangguan pernafasan teruk, trauma berat, pendarahan banyak tidak terkawal, koma, status epil…

Zon Kuning: Kritikal

  • Acuity
  • Perlu segera dijaga, tetapi tidak akan menyebabkan kehilangan nyawa atau anggota jika tidak dirawat selama beberapa jam.

  • Penilaian semula yang dicadangkan
  • Setiap 30 minit

  • Contoh
  • Sakit abdomen, sakit dada bukan kerana jantung, berbilang fraktur, pelecetan, kalkuli ginjal

Zon Hijau: Tidak Kritikal

  • Keakutan
  • Dan rawatan, tetapi masa bukan faktor kritikal

  • Penilaian semula yang dicadangkan
  • Setiap 1-2 jam

  • Contoh
  • Simptom-simptom ruam, sakit kepala kronik, seliuh, selsema

Pasukan Khusus di Kemalangan & Kecemasan
Card image cap
Dr Siow Cheuk Wei

PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap
Dr Mhd Kamil bin Syamsulrizal
PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap
Dr Siti Nadiah' Atiqah Bt Othman
PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap
Dr Pravin Adrian Ravichandiran
PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap
Dr Santhia A/P Sundar
PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap
Dr Tan Chai Peek
PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Soalan-soalan Kerap Ditanya (FAQ)
Penjagaan Kecemasan Semasa COVID-19

Hospital dan jabatan kecemasan kami berkemampuan untuk menyediakan anda dengan penjagaan kecemasan yang diperlukan. Untuk memastikan keselamatan anda, kami akan melaksanakan garis panduan berikut di hospital-hospital kami.

Kami telah menyediakan kaunter saringan di pintu masuk Lobi dan pintu masuk Jabatan Kecemasan, di mana semua pesakit/pelawat perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan dan suhu mereka akan diperiksa oleh jururawat kami.
Kami berurusan rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan Hospital Sungai Buloh untuk mengambil alih pengendalian dan penjagaan semua pesakit yang telah disaring di pintu masuk kami, dan mempunyai risiko klinikal serta risiko epidemiologi berkaitan dengan Covid-19 (“KKM PUI”).
Semua pesakit/pelawat perlu memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan ketika masuk.
Kami mengamalkan penjarakan sosial dan semua ruang menunggu ada dilengkapkan dengan penjarakan ruang (jarak 1-2 meter).
Kami fokus dalam menjaga kebersihan kemudahan kami. Semua kawasan yang sering disentuh akan dinyahjangkitkan sekurang-kurangnya setiap 2 jam, dan rutin membersih akan kerap dijalankan di seluruh hospital.
Semua kakitangan dan pengamal perubatan barisan hadapan perlu mematuhi standard berjaga-jaga daripada jangkitan contohnya PPE dan kebersihan tangan. Kakitangan penjagaan kesihatan kami akan disaring dua kali sehari.
Pesakit yang menunjukkan ciri-ciri simptom yang meragukan contohnya, penyakit seperti influenza (ILI) atau jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) akan disediakan dengan pasukan pengamal perubatan dan kakitangan penjagaan kesihatan khas yang berasingan, untuk menjaga dan merawat pesakit ini melalui laluan dan kemudahan khusus di hospital kami, sehingga keputusan etiologi mereka telah disahkan oleh ujian makmal dan penyiasatan radiologi.
Loading...
Thank you for your patience