Artikel ini disumbangkan oleh Dr. Lim Ai Wei, Pakar Perunding Dermatologi di Hospital Pantai Klang.
Untuk membuat janji temu atau mengetahui lebih lanjut tentang Dr. Lim Ai Wei dan kliniknya, klik di sini.
Gegata, atau urtikaria, ialah penyakit kulit berkeradangan yang lazim, yang menyebabkan benjolan gatal atau bengkak sementara pada kulit, dikenali sebagai bintat. Kira-kira 20% populasi akan mengalami keadaan ini pada suatu ketika dalam hidup mereka. Kadangkala, gegata boleh muncul sebagai sebahagian daripada ruam kulit yang lebih meluas atau sebagai tindak balas kepada reaksi alahan yang teruk.
Gegata biasanya muncul sebagai bintat gatal, dengan bengkak berwarna merah atau sama seperti warna kulit yang jelas kelihatan. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, sama ada secara menyeluruh atau setempat. Lesi ini boleh bergabung apabila membesar, lalu membentuk bintat yang lebih besar. Setiap lesi bersifat sementara, biasanya muncul dan membesar dalam beberapa minit hingga jam dan hilang dalam masa 24 jam tanpa meninggalkan kesan, kecuali jika kulit tercedera akibat menggaru. Gegata juga boleh disertai dengan angioedema (bengkak pada lapisan kulit yang lebih dalam), yang lazimnya berlaku pada bahagian muka (sekitar mata dan bibir), tangan, kaki dan alat kelamin. Rasa gatal yang berterusan serta ketidakselesaan boleh mengganggu tidur dan aktiviti harian. Dalam kes yang jarang berlaku, reaksi alahan yang mengancam nyawa boleh berlaku apabila urtikaria merebak. Jika anda mengalami kesukaran bernafas atau bengkak pada mulut atau tekak, segera dapatkan rawatan kecemasan.
Gegata juga boleh dicetuskan oleh faktor fizikal, jangkitan atau keadaan autoimun.
Sesetengah individu mungkin mengalami reaksi yang teruk terhadap makanan atau ubat-ubatan, yang boleh menyebabkan urtikaria dan bengkak berlaku secara tiba-tiba.
Urtikaria kronik ialah keadaan di mana bintat gatal dan/atau angioedema berlaku secara berulang selama lebih daripada 6 minggu. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, namun lebih kerap dalam kalangan orang dewasa, terutamannya antara umur 20 hingga 40 tahun. Ia juga lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Urtikaria kronik diklasifikasikan kepada dua jenis: urtikaria spontan kronik dan urtikaria yang boleh dicetuskan.
CSU ialah keadaan autoimun tanpa pencetus luaran yang dikenal pasti. Walaupun mekanisme penyakitnya belum difahami sepenuhnya, terdapat bukti yang menunjukkan punca autoimun yang melibatkan autoantibodi spesifik imunoglobulin G (IgG) dan imunoglobulin E (IgE). Keadaan ini membawa kepada pengaktifan sel mast, yang seterusnya menyebabkan pembebasan histamin dan mediator keradangan lain. CSU juga dikaitkan dengan penyakit autoimun lain, terutamanya penyakit tiroid autoimun dan lupus eritematosus sistemik (SLE).
Kadangkala dikenali sebagai urtikaria fizikal, CindU dicetuskan oleh rangsangan fizikal atau persekitaran tertentu seperti haba, sejuk, cahaya matahari, air, tekanan, geseran dan senaman. Bentuk yang paling lazim ialah dermatografisme (juga dikenali sebagai “skin writing”), di mana lesi terbentuk atau seolah-olah “ditulis” pada kulit apabila kulit digosok atau digaru. Urtikaria tekanan tertunda berlaku akibat tekanan daripada pakaian ketat, dengan bintat yang muncul di bahagian pinggang (contohnya selepas memakai seluar ketat) dan kawasan tali bra.
Rawatan utama adalah dengan mengelakkan pencetus. Pemberian penjelasan dan pendidikan kepada pesakit juga memainkan peranan penting.
Rawatan barisan pertama terdiri daripada antihistamin H1 yang tidak menyebabkan mengantuk seperti cetirizine, loratadine dan bilastine, yang diambil setiap hari. Rawatan ini membantu mengurangkan kegatalan, memendekkan tempoh bintat, serta mengurangkan jumlah bintat. Jika gejala masih tidak terkawal, langkah seterusnya ialah meningkatkan dos antihistamin H1 setiap 2 hingga 4 minggu sehingga maksimum empat kali ganda daripada dos yang disarankan.
Bagi urtikaria spontan kronik yang tidak dapat dikawal dengan antihistamin, Omalizumab boleh dipertimbangkan. Omalizumab ialah antibodi monoklonal anti-IgE yang mengikat IgE bebas dan menghalang interaksinya dengan reseptor pada sel mast. Omalizumab diluluskan untuk rawatan urtikaria spontan kronik bagi pesakit berumur 12 tahun ke atas, dengan dos 300 mg melalui suntikan setiap empat minggu untuk sekurang-kurangnya enam dos.
Ciclosporin merupakan rawatan barisan seterusnya bagi urtikaria spontan kronik, dengan dos 2–5 mg/kg/hari.
Steroid oral kadangkala boleh diberikan sebagai rawatan kecemasan bagi episod urtikaria akut dan kronik yang teruk.
Bagi sesetengah pesakit, gejala yang berterusan atau berulang mungkin memerlukan rawatan tambahan atau rujukan kepada pakar.
Anda disarankan untuk berjumpa doktor perubatan atau pakar kulit bagi penilaian lanjut dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian jika anda mengalami:
.webp?Status=Master&sfvrsn=7b49966e_11)