Kami dibantu Parkway Health Radiology yang mengendalikan pusat radiologi dalam hospital kami, termasuk Pusat PET dan Perubatan Nuklear di Gleneagles Singapore. Pakar radiologi dan profesional penjagaan kesihatan kami bekerjasama rapat bagi menyediakan tafsiran laporan dan pendapat pengimejan diagnostik bagi membantu doktor anda membuat diagnosis yang tepat.
Bergantung pada simptom anda, doktor anda akan mengaturkan ujian yang boleh memberikan pemahaman yang lebih baik untuk tubuh anda. Kami menyediakan prosedur pengimejan seperti sinar-X, tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI), ultrabunyi, densitometri mineral tulang (BMD), angiografi, perubatan nukelar, tomografi pembebasan positron (PET), dan juga ujian kardiak tidak invasif seperti elektrokardiogram (ECG) dan ekokardiogram.
Bila penyakit anda sudah didiagnosis, anda mungkin akan dirujuk kembali ke pusat radiologi kami untuk rawatan. Di sini, kami menggunakan teknologi pengimejan kami untuk membantu dalam prosedur pengaliran keluar atau prosedur intervensi seperti angioplasti dan pemasukan sten, serta terapi yttrium.
Pusat radiologi kami memainkan peranan dalam proses saringan kesihatan anda di mana teknologi pengimejan kami digunakan untuk mengesan masalah perubatan.
Hospital Pantai Manjung menawarkan pelbagai perkhidmatan pengimejan seperti pengimbas CT berbilang hirisan, Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), Sinar-X, Ultrabunyi, Densitometri Mineral Tulang (BMD) dan banyak lagi.
Pengimejan merujuk kepada penggunaan sinar-X dan peralatan saringan lain untuk menilai sebarang ketidaknormalan dalam tubuh anda. Keputusan pengimejan akan memberikan doktor anda gambaran yang jelas tentang masalah anda, lalu membantu mereka memberi anda diagnosis serta saranan terbaik.
Biasanya digunakan untuk mendiagnosis tumor, menyiasat pendarahan dalaman, atau memeriksa kecederaan atau kerosakan dalaman lain. Ia menganalisis jantung dan arteri koronari anda untuk mengesan dan mencegah serangan sakit jantung. Imbasan CT, terutamanya, berguna untuk mengesan tanda awal angin ahmar atau kanser.
MRI merupakan pengimbas pengimejan resonans magnetik maju yang membolehkan imbasan dibuat dengan lebih pantas, dengan hasil yang lebih terperinci, jelas, dan membawa kepada diagnosis yang lebih tepat. Ia tidak invasif dan khususnya sangat berguna dalam imbasan otak dan tulang belakang, serta untuk otot rangka. Anda prosedur yang memanfaatkan MRI termasuklah:
Mamogram digunakan untuk mengesan ketidaknormalan payudara bagi wanita yang mengalami simptom seperti ketulan, kesakitan, atau lelehan dari putting. Ia alat saringan yang penting bagi mengesan tanda awal kanser payudara. Wanita melebihi usia 40 tahun digalakkan untuk menjalani mamogram setiap tahun kerana ujian ini boleh menemui ketulan sehingga dua tahun sebelum ia mula-mula dapat dirasai.
Ultrabunyi adalah pengimejan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi bagi menangkap imej organ dan struktur di dalam tubuh. Profesional penjagaan kesihatan menggunakannya untuk melihat jantung, salur darah, ginjal, hati, dan organ lain. Sewaktu kehamilan, doktor menggunakan ultrabunyi untuk melihat janin.
Ini adalah pemeriksaan diagnostik yang paling biasa dilakukan dan merupakan cara yang paling pantas dan mudah untuk melihat dan menilai kepatahan tulang, atau kecederaan sendi, tengkorak, atau tulang belakang.