health-pulse-flu-dengue-banner health-pulse-flu-dengue-copy
Penjagaan Pencegahan
Kesihatan Bermusim

Kenali Penyakit Berjangkit: Penyakit Seperti Influenza (ILI) vs Demam Denggi

29 Mac 2024 · 5 mins read

Topics








Fahami perbezaan utama antara ILI dan demam denggi untuk langkah pencegahan yang bersesuian.

Apakah Perbezaan antara Penyakit Serupa Influenza (ILI) dengan Demam Denggi?

Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan demam denggi merupakan dua penyakit yang boleh menyebabkan simptom yang sama tetapi agak berbeza. ILI sebahagian besarnya disebabkan oleh virus yang menjejaskan sistem pernafasan, manakala demam denggi disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk.

Memahami perbezaan ini boleh membantu kita mengenali simptom lebih awal, mendapatkan rawatan yang betul dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak daripada jatuh sakit. 

Mari terokai perbezaan utama antara ILI dengan demam denggi untuk kekal termaklum dan terlindungi

Apakah Persamaan antara ILI dan Demam Denggi?

Walaupun ILI dan demam denggi disebabkan oleh virus yang berbeza dan mempunyai simptom serta cara penularan yang berbeza, kedua-duanya juga berkongsi beberapa persamaan:

  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Loya atau muntah

Apakah Simptom ILI?

Terdapat pelbagai simptom untuk ILI, daripada simptom ringan sehinggalah penyakit yang teruk. Simptom mungkin muncul 2-14 hari selepas pendedahan terhadap virus. Berikut ialah beberapa simptom yang mungkin menunjukkan seseorang itu dijangkiti demam selesema:

  • Demam atau menggigil
  • Batuk
  • Sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas
  • Keletihan
  • Sakit otot atau badan
  • Sakit kepala
  • Kehilangan rasa atau bau yang baharu
  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat atau berair

Simptom gastrousus yang kadangkala berserta demam selesema terutamanya pada kanak-kanak:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit

Apakah Simptom Demam Denggi?

Berikut ialah simptom demam denggi yang anda patut perhatikan:

  • Serangan demam panas secara tiba-tiba (40°C/104°F)
  • Sakit kepala yang sangat teruk
  • Sakit pada belakang mata
  • Sakit otot dan sendi
  • Rasa loya dan muntah
  • Kelenjar bengkak
  • Ruam badan

Apakah Tanda-Tanda Amaran Demam Denggi?

Perhatikan tanda amaran denggi yang teruk. Jika anda mengalami mana-mana simptom berikut, dapatkan rawatan perubatan dengan segera:

  • Pendarahan dari mulut/gusi/hidung
  • Kulit berpeluh
  • Pendarahan dalaman yang menyebabkan muntah dan najis berwarna hitam
  • Sakit pada bahagian perut
  • Tompok darah kecil di bawah kulit
  • Nadi lemah

Apakah Cara Pencegahan ILI dan Demam Denggi?

Petua

Pencegahan Penyakit

Penyakit Serupa Influenza (ILI)

  • Dapatkan suntikan vaksin.
  • Elakkan sentuhan rapat dengan sesiapa sahaja yang sakit atau mempunyai simptom.
  • Jauhkan diri anda daripada orang lain apabila anda berada di ruang awam yang tertutup.
  • Elakkan orang ramai dan tempat tertutup yang mempunyai aliran udara yang kurang baik (pengudaraan).
  • Basuh tangan anda dengan kerap menggunakan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat. Jika anda tidak dapat membasuh tangan anda, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol.
  • Pakai pelitup muka apabila berada di ruang awam yang tertutup atau jika anda berada di kawasan yang mempunyai bilangan orang yang ramai.
  • Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu apabila anda batuk atau bersin. Buang tisu yang digunakan dan basuh tangan anda dengan segera.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda.
  • Bersihkan dan nyahjangkit permukaan yang sering disentuh dengan kerap.

Demam denggi

  • Bersihkan secara kerap bekas yang mungkin terkumpul air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ini termasuk tong dram, baldi dan juga pasu bunga.
  • Kurangkan risiko gigitan nyamuk dengan memakai baju lengan panjang dan seluar panjang serta memakai penghalau nyamuk.
  • Pilih tumbuhan serai wangi—penghalau nyamuk semula jadi—atau produk yang mengandungi serai wangi di dalam dan sekitar rumah anda.
  • Pastikan pintu dan tingkap anda tertutup apabila boleh, atau gunakan bidai atau skrin untuk menghalang nyamuk daripada masuk.

Buat Janji Temu di Hospital Pantai

Jika anda mengalami sebarang simptom ILI atau demam denggi, berunding dengan doktor segera untuk penilaian yang betul dan rawatan perubatan yang sesuai.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmen hospital tersebut terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Artikel Dicadangkan