Notis Perlindungan Data Peribadi IHH Malaysia

  1. Pengenalan
    1. Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini telah diterbitkan pada 1hb Januari 2022 (“Tarikh Berkuat kuasa”)
    2. IHH Healthcare Malaysia (IHH MY) dan/atau syarikat yang berkaitan dengannya, termasuk tetapi tidak dibataskan kepada Syarikat Bersekutu (“kami”, “kita”, “sekalian” atau “syarikat”) komited untuk melindungi data peribadi Subjek Data (“awak”, “anda” dan “kamu”) secara bertanggungjawab, dan akan mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
    3. Notis ini meliputi Pemprosesan data peribadi anda oleh kami. Ia menerangkan bagaimana data peribadi anda Diproses semasa anda berinteraksi dengan kami.
    4. Notis ini boleh digantikan atau ditambahkan menurut keperluan tempatan atau untuk menyediakan anda dengan maklumat tambahan. Kami menasihatkan anda untuk membaca Notis ini.
  2. Data Peribadi Anda
    1. Untuk tujuan Notis ini, Data Peribadi akan merangkumi sebarang maklumat atau gabungan maklumat, yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan orang sebenar yang telah atau yang boleh dikenal pasti.
    2. Bergantung pada interaksi anda dengan kami, Data Peribadi boleh merangkumi nama anda, nombor pengenalan, nombor pasport, nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, data trafik rangkaian, pengenal pasti dalam talian dan/atau sebarang maklumat lain yang anda berikan kepada kami, atau yang boleh diakses melalui interaksi anda dengan kami.
    3. Kami mungkin akan Memproses Data Peribadi tertentu tentang Saudara anda tetapi hanya untuk tujuan perniagaan berkaitan hubungan anda dengan kami misalnya, untuk meluluskan manfaat kakitangan atau dalam keadaan kecemasan.
    4. Kami mungkin perlu Memproses Data Peribadi kategori khas (termasuk Data Peribadi “sensitif”) (“Data Peribadi Sensitif”) atas sebab-sebab tertentu. Data Peribadi Sensitif hanya akan Diproses bagi memenuhi keperluan undang-undang (pekerjaan, keselamatan sosial, perlindungan sosial atau undang-undang perlindungan data berkenaan yang lain), atau untuk membuat tuntutan undang-undang. Data Peribadi Sensitif merangkumi kepercayaan agama atau falsafah, maklumat tentang ketidakupayaan, sejarah perubatan, data berkenaan kaum atau etnik dan/atau data jenayah (perlakuan, rekod atau prosiding atas perlakuan jenayah atau yang menyalahi undang-undang).
  3. Apakah jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan?
    Kami mengumpulkan Data Peribadi anda melalui cara-cara berikut:
    1. secara langsung:
      1. apabila anda mencipta akaun, mendaftar dengan kami dan/atau menghantar sebarang borang untuk menyediakan atau menggunakan perkhidmatan kami;
      2. apabila anda dedahkan Data Peribadi anda ketika bertemu secara bersemuka, melalui mesej e-mel, perbualan telefon dengan pasukan pemasaran atau pegawai perkhidmatan pelanggan kami;
      3. apabila anda bersetuju secara sukarela, untuk menyertai sebarang penyelidikan yang kami jalankan;
      4. apabila anda mendaftar untuk mendapatkan komunikasi pemasaran dan promosi dan/atau sebarang inisiatif kami;
      5. apabila anda meninggalkan maklum balas, komen, soalan, penarafan dan ulasan anda di laman web dan media sosial kami atau dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami;
      6. apabila anda berinteraksi atau berkomunikasi dengan kami di laman web, saluran media sosial, halaman, promosi dan/atau blog kami;
      7. apabila anda menghubungi kami dan/atau menandatangani perjanjian untuk memberikan kami perkhidmatan;
      8. apabila anda melawati dan/atau berada di kawasan kami dan imej-imej anda ditangkap oleh kami melalui kamera CCTV, gambar-gambar atau video-video yang diambil oleh kami atau wakil kami semasa anda menghadiri mana-mana acara kami;
      9. apabila anda menghantar permohonan kerja;
      10. apabila anda berikan Data Peribadi anda kepada kami atas sebarang sebab yang lain;
    2. tidak langsung, daripada sumber data yang lain:
      1. apabila kami meminta dan menerima Data Peribadi berkenaan hubungan anda dengan kami (termasuk untuk produk dan perkhidmatan kami atau permohonan kerja). Contoh: rakan perniagaan, agensi awam, bekas majikan anda, pengantara rujukan dan pihak berkuasa yang relevan;
      2. jika anda bertindak sebagai pengantara atau pembekal maklumat bagi pihak ketiga/individu lain (seperti Saudara, kawan, rakan sekerja, pekerja dll.), anda bersetuju untuk mendapatkan semua persetujuan yang diperlukan oleh pihak ketiga/individu lain tersebut supaya kami dapat Memproses Data Peribadi mereka;
      3. memandangkan kami akan mendapatkan Data Peribadi pihak ketiga atau individu lain daripada anda, maka anda bertanggungjawab untuk memaklumkan semua perkara dalam Notis ini kepada pihak ketiga atau individu lain tersebut dengan merujuk mereka ke laman web kami atau memberitahu mereka tentang kandungan Notis ini; dan/atau
      4. sebarang maklumat lain yang kami mungkin dapatkan daripada sumber lain.
    3. Data Peribadi Orang Tidak Berdaya
      1. Selaras dengan dasar syarikat dan undang-undang, kebenaran ibu bapa atau penjaga atau wakil yang sah akan diperlukan sebelum Data Peribadi bagi Orang Tidak Berdaya boleh dikumpulkan, digunakan atau didedahkan.
      2. Jika ibu bapa, penjaga atau wakil yang sah menyedari bahawa Data Peribadi kanak-kanak atau anak jagaan telah diberikan oleh kanak-kanak atau anak jagaan tersebut tanpa kebenaran ibu bapa, penjaga atau wakil yang sah, sila hubungi kami (butiran hubungan disediakan di bawah). Data Peribadi tersebut akan dikeluarkan daripada rekod kami.
    4. Untuk maklumat lanjut tentang Data Peribadi yang mungkin akan dikumpulkan, sila rujuk kepada Lampiran 1.
  4. Apakah tujuan bagi pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi?
    Data Peribadi akan dikumpulkan, digunakan, dipindahkan atau sebaliknya Diproses untuk salah satu tujuan berikut:
    1. Tujuan Perniagaan: Ini merangkumi tujuan-tujuan sah yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan kami. Tujuan-tujuan ini berkaitan dengan Pemprosesan Data Peribadi yang diperlukan untuk perkara seperti:
      1. menyempurnakan dan melaksanakan perjanjian dengan Subjek Data;
      2. pemasaran, penjualan, dan promosi;
      3. menguruskan akaun Subjek Data;
      4. perkhidmatan dan sokongan pelanggan;
      5. kewangan dan perakaunan;
      6. penyelidikan dan pembangunan, contohnya menganalisis maklumat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik;
      7. pembelian/penyediaan perkhidmatan kami;
      8. pengurusan dan kawalan dalaman;
      9. menguruskan perhubungan pelabur;
      10. komunikasi luaran, interaksi dengan penyedia perkhidmatan yang dibenarkan. Untuk memberikan anda pengalaman web yang lebih baik, lebih cepat dan lebih selamat, penyedia perkhidmatan yang dibenarkan mungkin akan menggunakan kuki, suar web, dan teknologi serupa yang lain untuk mengumpul dan menyimpan maklumat;
      11. hal ehwal kerajaan dan undang-undang;
      12. perjanjian, kerjasama, penyatuan, pemerolehan, dan pelupusan;
      13. Menguruskan hak milik intelektual dan standard;
      14. Menjaga anonimiti Data Peribadi anda (1) untuk tujuan pemprosesan, pengumpulan, penganalisisan dan komersialisasi lanjutan (bagi data yang dijaga anonimitinya, dan tidak lagi mengandungi Data Peribadi anda sahaja), yang mungkin termasuk memindahkan data yang dijaga anonimitinya itu kepada anggota-anggota IHH (2) dan rakan-rakan niaga mereka di Malaysia, Singapura, atau negara-negara asing lain untuk tujuan tersebut; dan/atau
      15. Sebarang perkara lain yang berkaitan sewajarnya dengan perihal di atas.
    2. Sumber manusia dan pengurusan kakitangan: Ini termasuk Pemprosesan yang diperlukan untuk menjalankan kerja atau melaksanakan kontrak dengan pekerja (atau untuk mengambil langkah-langkah yang telah diminta oleh pekerja sebelum memasuki kontrak), atau untuk menguruskan perhubungan bekerja secara sukarela, contohnya menguruskan dan mentadbir urusan merekrut dan penempatan pekerja di luar, pampasan dan manfaat, pembayaran, isu percukaian, pembangunan kerjaya dan bakat, penilaian prestasi, latihan, perbelanjaan perjalanan, dan komunikasi pekerja;
    3. Melaksanakan proses perniagaan dan pengurusan dalaman:Ini meliputi Pemprosesan yang diperlukan untuk tujuan seperti penjadualan kerja, rakaman waktu, menguruskan aset syarikat, menjalankan audit dan penyiasatan dalaman, melaksanakan kawalan perniagaan, menguruskan dan menggunakan pangkalan data pelanggan/direktori pekerja;
    4. Kesihatan, keselamatan dan perlindungan: Kegiatan yang melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, perlindungan aset kami, pengesahan anda dan hak akses anda serta status baginya;
    5. Analisis dan pembangunan organisasi serta pelaporan pengurusan: Menjalankan tinjauan, menguruskan penyatuan, pemerolehan dan pelupusan, serta Pemprosesan data untuk pelaporan pengurusan dan analisis;
    6. Mematuhi keperluan undang-undang: Untuk Pemprosesan yang perlu dibuat bagi memenuhi obligasi undang-undang yang tertakluk;
    7. Kepentingan utama: Untuk Pemprosesan yang perlu dibuat bagi melindungi kepentingan utama anda, contohnya situasi di mana kami perlu melindungi nyawa anda atau melindungi anda daripada bahaya;
    8. Data Peribadi Sensitif: Data Peribadi Sensitif mungkin akan Diproses di bawah salah satu keadaan berikut:
      1. jika anda telah bersetuju secara nyata untuk membenarkan Pemprosesan;
      2. jika Data Sensitif perlu diproses untuk tujuan membeli perkhidmatan kami;
      3. jika anda telah menyertai projek penyelidikan atau pengujian produk secara sukarela;
      4. jika diminta atau dibenarkan di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan;
      5. untuk membuat, melaksanakan atau mempertahankan syarikat daripada tuntutan undang-undang;
      6. berkenaan data berkaitan kaum atau etnik: untuk melindungi aset kami, untuk akses kepada tapak dan atas sebab-sebab keselamatan, dan untuk membuktikan/mengesahkan hak mengakses anda, kami mungkin akan Memproses gambar-gambar dan imej-imej video (dalam sesetengah negara, gambar dan imej video individu digolongkan sebagai data berkaitan kaum atau etnik);
      7. untuk mencegah, mengesan atau mendakwa (termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa awam) penipuan yang disyaki, pelanggaran kontrak, pelanggaran undang-undang, atau pelanggaran terma untuk mengakses tapak atau aset kami;
      8. untuk melindungi kepentingan utama anda, tetapi hanya jika persetujuan anda tidak dapat diperoleh terlebih dahulu;
      9. mematuhi keperluan undang-undang awam antarabangsa (contohnya, Perjanjian), jika diperlukan;
    9. Pemasaran Langsung:

      Semasa Memproses Data Peribadi bagi menyediakan komunikasi pemasaran langsung, kami mungkin akan:

      1. mendapatkan persetujuan anda; dan/atau
      2. memberi peluang untuk anda menolak penerimaan komunikasi tersebut.

      Dalam setiap komunikasi pemasaran langsung yang anda terima selepas ini, anda akan diberi pilihan untuk berhenti menerima komunikasi pemasaran yang akan datang.

      Jika anda menolak untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami, atau menarik balik persetujuan untuk menerima bahan ini, kami akan hentikan penghantaran bahan pemasaran tersebut seperti yang diminta oleh anda. Ini akan dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang perlindungan data yang berkenaan;

    10. Tujuan Sampingan: Pemprosesan Data Peribadi untuk tujuan sampingan merangkumi perkara seperti:
      1. Menjaga keselamatan Data Peribadi yang telah Diproses
      2. memindahkan Data Peribadi ke Arkib;
      3. menjalankan audit atau penyiasatan dalaman;
      4. melaksanakan kawalan perniagaan;
      5. menjalankan penyelidikan statistik, sejarah atau saintifik yang diperlukan untuk operasi perniagaan kami;
      6. menyediakan atau mengendalikan penyelesaian pertikaian;
      7. menggunakan perkhidmatan undang-undang atau perundingan perniagaan;
      8. menguruskan insurans atau isu lain berkaitan dengan manfaat; dan/atau
      9. menggunakan Data Peribadi untuk menghasilkan data yang telah ditanggalkan maklumat pengenalpastian, dikumpulkan dan/atau dijaga anonimitinya supaya Subjek Data yang relevan tidak akan dapat dikenal pasti, dengan mengeluarkan komponen yang boleh dikenal pasti, mengaburi, menggunakan nama samaran, menjaga anonimiti, atau sebarang cara lain.
    11. Apa-apa tujuan lain yang diperlukan untuk memenuhi atau menepati sebarang tujuan lain yang dinyatakan dalam Notis ini.
    12. Untuk maklumat lanjut tentang tujuan bagi Pemprosesan Data Peribadi, sila rujuk kepada Lampiran 2.

    13. Pengecualian: Sesetengah obligasi kami di bawah Notis ini mungkin akan dibatalkan jika kepentingan bagi sesuatu keperluan yang diperlukan dalam keadaan spesifik itu melebihi kepentingan bagi anda. Situasi seperti ini akan berlaku jika terdapat keperluan untuk:
      1. melindungi Kepentingan Perniagaan kami termasuk:
        1. kesihatan, perlindungan atau keselamatan individu;
        2. hak milik intelektual, rahsia perdagangan atau reputasi kami;
        3. kesinambungan operasi perniagaan kami;
        4. kerahsiaan sesuatu cadangan penjualan;
        5. penyatuan atau pemerolehan perniagaan; dan/atau
        6. penglibatan penasihat atau konsultan yang dibenarkan untuk tujuan perniagaan, undang-undang, percukaian atau insurans.
      2. mencegah atau menyiasat pelanggaran yang disyaki atau yang telah berlaku terhadap
        1. undang-undang (termasuk bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang);
        2. kontrak; dan/atau
        3. atau dasar kami.
      3. sebaliknya, untuk melindungi atau mempertahankan syarikat kami, hak-hak serta kebebasan kakitangan kami atau individu lain.
  5. Membuat keputusan secara automatik
    1. Alat-alat automatik mungkin akan digunakan untuk Memproses Data Peribadi anda dan/atau membuat keputusan berkenaan anda. Proses membuat keputusan secara automatik mungkin akan melibatkan sedikit intervensi oleh manusia.
    2. Selaras dengan undang-undang, kami mungkin akan menjalankan proses membuat keputusan secara automatik jika:
      1. keputusan tersebut telah dibuat oleh kami untuk tujuan memasuki atau melaksanakan kontrak, dengan syarat permintaan awal yang membawa kepada keputusan kami, telah dibuat oleh anda;
      2. anda telah memberikan persetujuan secara nyata; dan/atau
      3. penggunaan alat-alat automatik adalah diperlukan.
    3. Kami akan pastikan hak-hak dan kepentingan anda akan dilindungi. Untuk meminta proses membuat keputusan secara manual, sila beritahu kami atau bantah keputusan pemprosesan automatik yang diperoleh termasuk pemprofilan, dengan menghubungi kami (butiran hubungan disediakan di bawah).
  6. Perkongsian Data Peribadi anda dengan pihak lain
    1. Data Peribadi anda mungkin akan dikongsikan dengan Syarikat Bersekutu kami.
    2. Akses kepada Data Peribadi akan dibataskan kepada mereka yang perlu mengetahui maklumat tersebut untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.
    3. Dari masa ke masa, kami mungkin akan kongsikan Data Peribadi anda dengan pihak luar yang dibenarkan, yang boleh merangkumi:
      1. penyedia perkhidmatan, penjual, pembekal: kami menandatangani kontrak dengan pihak atau syarikat luar yang menyediakan produk dan perkhidmatan untuk kami seperti keselamatan dan sokongan teknologi maklumat, daftar gaji dan perbelanjaan pekerja, serta pemberian manfaat dan ganjaran;
      2. pihak berkuasa awam dan kerajaan: jika dituntut oleh undang-undang, atau demi melindungi hak-hak kami, Data Peribadi anda mungkin akan dikongsikan dengan pihak berkuasa awam dan kerajaan yang mengawasi atau berkuasa atas kami;
      3. penasihat profesional dan lain-lain: kami bekerjasama dengan dan menerima sokongan daripada penasihat profesional tertentu seperti bank, syarikat insurans, juruaudit, peguam, akauntan, dan penasihat daftar gaji; dan/atau
      4. pihak lain berkaitan dengan urus niaga korporat: dari masa ke masa, Data Peribadi anda mungkin akan dikongsikan untuk tujuan urus niaga korporat, seperti penjualan seluruh atau sebahagian perniagaan kepada syarikat lain, penyusunan semula, penyatuan, usaha sama, atau pelupusan perniagaan, aset atau saham kami.
    4. Sewajarnya, kepentingan anda akan diberikan perlindungan yang setaraf dengan perlindungan yang kami sediakan untuk anda.
  7. Pemindahan Data Peribadi Merentasi Sempadan
    1. Disebabkan perhubungan antarabangsa kami, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan kepada atau diakses oleh Syarikat Bersekutu kami dan pihak luar yang dibenarkan dari berbagai negara di seluruh dunia, untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.
    2. Oleh itu, kami mungkin akan memindahkan Data Peribadi anda ke negara-negara di luar negara asal anda, yang mungkin mempunyai undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berbeza daripada undang-undang dan peraturan di negara asal anda.
    3. Data Peribadi akan dipindahkan kepada pihak luar yang dibenarkan, yang terletak di luar negara, hanya jika terdapat keperluan atau kesesuaian untuk melakukannya bagi:
      1. mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan termasuk memenuhi permintaan pihak berkuasa awam dan kerajaan, bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang atau untuk tujuan undang-undang yang lain; dan/atau
      2. memenuhi tujuan bagi pengumpulan Data Peribadi oleh kami atau untuk melaksanakan terma dan syarat kami.
  8. Berapa lama kami akan menyimpan Data Peribadi anda?
    1. Data Peribadi anda akan disimpan selagi ia diperlukan untuk tujuan ia telah dikumpulkan. Kami akan menyimpan Data Peribadi hanya:
      1. untuk tempoh yang diperlukan bagi memenuhi Tujuan Perniagaan yang berkenaan;
      2. untuk tempoh yang diperlukan bagi mematuhi undang-undang yang berkenaan; dan/atau
      3. seperti yang dituntut oleh undang-undang tempatan.
    2. Sebaik sahaja tempoh penyimpanan yang berkenaan telah berakhir, Data Peribadi anda akan:
      1. dibuang;
      2. ditanggalkan maklumat pengenalpastian (dengan mengeluarkan komponen yang boleh dikenal pasti, mengaburi, menggunakan nama samaran, menjaga anonimiti, atau sebarang cara lain); dan/atau
      3. dipindahkan ke arkib (kecuali dilarang oleh undang-undang perlindungan data yang berkenaan).
  9. Bagaimanakah kami melindungi Data Peribadi anda?
    1. Kami komited untuk menjaga keselamatan Data Peribadi yang telah diproses dan akan membataskan Pemprosesan Data Peribadi kepada data/maklumat yang munasabah, memadai untuk, dan/atau relevan dengan Tujuan Perniagaan yang berkenaan.
    2. Langkah-langkah sesuai akan diambil untuk melindungi Data Peribadi anda, dan pihak luar juga akan diminta untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan Data Peribadi anda. Bergantung pada keadaan, kos pelaksanaan dan ciri data/maklumat yang perlu dilindungi, kami telah mengambil langkah-langkah fizikal, teknikal dan pengurusan untuk mencegah Data Peribadi anda daripada dihapuskan, dihilangkan, disalahgunakan, diubah, dan didedahkan atau diakses tanpa kebenaran.
    3. Jika terdapat apa-apa keraguan tentang keselamatan interaksi anda dengan kami, sila hubungi kami (butiran hubungan disediakan di bawah).
  10. Bagaimana anda boleh menghubungi kami bagi mendapatkan pilihan yang tersedia untuk anda?
    1. Kami berusaha untuk memastikan Data Peribadi anda adalah tepat, lengkap dan dikemas kini. Data Peribadi yang anda berikan kepada kami mestilah tepat, lengkap dan dikemas kini, dan anda mesti memberitahu kami jika terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi Anda.
    2. Di samping itu, jika anda kongsikan Data Peribadi orang lain dengan kami (termasuk Saudara anda), pastikan pengumpulan Data Peribadi tersebut mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Contohnya, anda patut memberitahu orang lain tersebut mengenai kandungan Notis ini.
    3. Berhubungan dengan Pemprosesan Data Peribadi anda, anda boleh:
      1. mendapatkan maklumat tentang Pemprosesan Data Peribadi anda;
      2. bertanya soalan tentang cara kami mengendalikan Data Peribadi;
      3. meminta untuk menyemak, membetulkan, mengemas kini, menahan, atau membataskan penggunaan Data Peribadi anda;
      4. meminta Data Peribadi anda untuk dikeluarkan;
      5. menarik balik persetujuan anda untuk menggunakan Data Peribadi anda;
      6. membantah penggunaan Data Peribadi anda untuk kepentingan perniagaan kami yang sah dan/atau
      7. meminta salinan elektronik bagi Data Peribadi anda untuk tujuan memindahkannya ke syarikat lain.
    4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, permintaan atau komen berkaitan dengan Notis ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui saluran-saluran berikut:
      • E-mel: [email protected]
      • Komunikasi bertulis boleh dihantar kepada: Pegawai Perlindungan Data, IHH Healthcare Malaysia Pantai Medical Centre Sdn Bhd, Level 6, Block A, Pantai Hospital Kuala Lumpur, 8, Jalan Bukit Pantai, 59100, Kuala Lumpur.
    5. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab pertanyaan atau permintaan anda dalam waktu yang berpatutan. Setelah permintaan anda diterima, kami akan meminta anda mengesahkan identiti anda sebelum menguruskan permintaan anda.
  11. Kemas kini Notis
    1. Notis ini mungkin akan disemak dari masa ke masa. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa pada Tarikh Berkuat kuasa, setelah Notis yang telah disemak disiarkan di laman web kami. Anda dinasihatkan untuk menyemak Notis ini dari masa ke masa untuk mengetahui sebarang perubahan yang dibuat.
Lampiran 1: Data Peribadi yang mungkin akan dikumpulkan
Kategori Data Peribadi Contoh-contoh Data Peribadi yang kami kumpulkan
Pengenalan diri, maklumat demografi dan maklumat hubungan Nama, nama keluarga, gelaran, jantina, negara, tarikh dan tempat kelahiran, kewarganegaraan, status berkahwin, pasangan domestik, tanggungan, alamat e-mel, nombor telefon, nombor telefon bimbit, alamat rumah, nombor untuk dihubungi sewaktu kecemasan.
Data trafik rangkaian dan data berkenaan yang lain Nombor pengenalan, data lokasi, pengenal pasti dalam talian, alamat IP, kuki, suar web, butiran pengenalpastian peranti, tetapan bahasa.
Penciptaan akaun dan maklumat log masukMaklumat log masuk (termasuk kata laluan), butiran pengenalan pekerja atau kontraktor atau pembekal yang sedia ada dan/atau terdahulu, maklumat lain yang digunakan untuk mengakses dan/atau melindungi sistem dan aplikasi kami.
Imej-imej dan/atau video-video yang mana anda boleh dikenal pasti, imej-imej yang ditangkap oleh sistem keselamatan, termasuk sistem CCTV dan sistem masuk menggunakan kad kunci. Gambar-gambar yang dimuat naik ke akaun atau media sosial kami, atau perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda, imej-imej CCTV, fail-fail log.
Pampasan dan gaji Maklumat akaun bank, gaji, bonus, potongan gaji termasuk insurans langsung.
Data pekerjaan, jawatan, dan organisasiJabatan, penyelia, alamat pejabat, lokasi kerja, butiran permit, tarikh diambil bekerja, nama jawatan, jawatan, unit perniagaan, jawatan separuh masa atau sepenuh masa, sejarah kerja, tarikh dan sebab ditamatkan kerja, kelayakan persaraan, kenaikan pangkat dan rekod disiplin, tarikh pemindahan, pengurus pelaporan, butiran kontrak kerja yang lain.
Data prestasi dan manfaatPengulasan dan penarafan prestasi, insentif, anugerah, manfaat persaraan, data ahli keluarga/tanggungan seperti nama dan tarikh lahir.
Data yang diperoleh daripada komunikasi dalaman atau luaranKandungan e-mel, rekod komunikasi melalui robot, alat menghantar mesej, komunikasi mudah alih.
Data PercukaianNombor cukai, kadar caruman, pemilihan cukai, nombor keselamatan sosial.
Maklumat yang anda kongsikan dengan kami secara sukarelaMaklum balas, pendapat, ulasan, komen, sebarang maklumat yang anda kongsikan dengan kami di platform media sosial kami, platform komunikasi dalaman dan laman web.
Kategori Data Peribadi khas Ini merangkumi:
  • Kepercayaan agama atau falsafah;
  • Sejarah perubatan dan maklumat ketidakupayaan yang relevan untuk menyediakan perkhidmatan, manfaat dan/atau melaksanakan kontrak;
  • Data berkaitan kaum atau etnik: contohnya, data ini akan kelihatan pada gambar, foto dan imej visual lain, dan data ini mungkin juga akan diproses untuk tujuan yang berkaitan dengan pembezaan;
  • Data jenayah seperti data berkaitan dengan perlakuan jenayah, rekod jenayah atau prosiding atas perlakuan jenayah atau yang menyalahi undang-undang.
Lampiran 2: Tujuan bagi Pemprosesan Data Peribadi
Tujuan bagi Pemprosesan Data Peribadi Contoh
Pentadbiran dan pengurusan Menguruskan perhubungan, menguruskan dan mentadbir penempatan pekerja di luar, kelayakan bekerja, pengambilan awal atau pengambilan semula, cuti atau ketidakhadiran lain, menguruskan pampasan dan manfaat (termasuk pencen dan/atau saham), menguruskan isu percukaian, menilaikan prestasi, menyediakan dan mengesahkan rujukan kerja, pinjaman, menganalisis dan merancangkan tenaga kerja, membuat pemeriksaan latar belakang, menguruskan hal disiplin, pengaduan dan penamatan kerja, mengaturkan perjalanan perniagaan, menguruskan perbelanjaan dan pembayaran balik perniagaan, menyediakan dan menguruskan satu atau lebih banyak direktori pekerja.
Menjalankan proses perniagaan dan menguruskan operasi dalaman Komunikasi dalaman, menjadualkan kerja, masa merakam, menguruskan dan mengagihkan aset syarikat dan pekerja serta sumber manusia, menguruskan kerjaya dan membangunkan bakat, menjalankan kajian dalaman, memastikan kesinambungan perniagaan dan menguruskan krisis, memperbaiki prestasi pekerja dan pasukan, menguruskan kursus dan/atau latihan, menguruskan projek dan kos, menguruskan penyatuan, pemerolehan, pelupusan, penyusunan semula atau penjualan dan penyepaduan dengan pembeli, mengumpulkan jejak audit dan alat pelaporan yang lain, menyimpan rekod berkaitan dengan aktiviti perniagaan, menyediakan belanjawan, menguruskan kewangan dan pelaporan.
Sokongan Pekerja/Pelanggan Memberikan sokongan melalui alat dan saluran komunikasi dalaman,
Komunikasi perdagangan Komunikasi tentang diskaun untuk perkhidmatan
Keselamatan dan perlindungan bagi aset serta pekerja Mengeluarkan dan mengambil langkah-langkah teknikal dan perlindungan organisasi, menjalankan audit dan penyiasatan dalaman, menjalankan penilaian bagi mengesahkan konflik kepentingan, mengenal pasti dan mengesahkan pekerja, menguruskan keselamatan rangkaian dan mencegah kehilangan data menggunakan teknologi automatik untuk mengenal pasti data hasad pada peralatan atau rangkaian dan memantau maklumat sulit agar tidak meninggalkan perimeter kami atau diakses tanpa kebenaran. Perakaman Data Peribadi anda melalui video atau sistem pengawasan atau peranti digital, elektronik, atau wayarles yang lain untuk melindungi dan mengekalkan infrastruktur IT, peralatan pejabat, kemudahan dan harta benda yang lain.
Mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan Mendedahkan Data Peribadi kepada institusi kerajaan atau pihak berkuasa penyeliaan untuk memenuhi syarat perundangan dan kehakiman bagi potongan cukai dan insurans negara, penyimpanan rekod dan pelaporan, mengaudit dan menyiasat untuk mencegah atau mengesan penipuan atau rasuah, mematuhi syarat pemeriksaan kerajaan dan keperluan lain oleh kerajaan atau pihak berkuasa awam yang lain, bertindak terhadap proses undang-undang, menyiasat dakwaan yang dilaporkan oleh pekerja seperti perlakuan salah, pelanggaran dasar, penipuan, atau masalah pelaporan kewangan, serta mematuhi dasar dan prosedur dalaman. Data anda juga mungkin akan digunakan atas sebab keselamatan dan/atau untuk melindungi kepentingan perniagaan kami, atau untuk mencegah atau menyiasat pelanggaran undang-undang yang disyaki atau yang telah berlaku, pelanggaran terma pekerjaan atau pelanggaran dasar kami.
Mempertahankan syarikat daripada tuntutan undang-undang Membuat, melaksanakan atau mempertahankan syarikat daripada tuntutan undang-undang yang tertakluk, seperti bertindak terhadap proses undang-undang seperti sepina, menuntut hak undang-undang dan remedi, mempertahankan syarikat daripada litigasi, dan menguruskan sebarang aduan atau tuntutan dalaman (termasuk talian pengaduan/etika).
Kesihatan dan keselamatan Melindungi kesihatan dan keselamatan anda dan orang lain, memudahkan komunikasi dengan anda dan orang untuk dihubungi semasa kecemasan atau semasa ketiadaan anda kerana urusan perniagaan. 
Loading...
Thank you for your patience