Tentang Hospital Pantai

Berbekalkan pengalaman lebih 50 tahun dan rangkaian 11 buah hospital di seluruh Malaysia, Hospital Pantai menawarkan spektrum penuh penjagaan kesihatan bersepadu dan perkhidmatan sampingan, memberikan penjagaan, rawatan dan hasil terbaik, dengan ikrar yang tidak berbelah bagi dalam kualiti dan keselamatan dan sentiasa dengan senyuman mesra.

Dipercayai. Mesra. Dekat Dengan Anda.

11 Hospital Pantai Seluruh Negara

Hospital Pantai Ampang
Hospital Pantai Klang
Hospital Pantai Ayer Keroh
Hospital Pantai Kuala Lumpur
Hospital Pantai Batu Pahat
Hospital Pantai Manjung
Hospital Pantai Cheras
Hospital Pantai Penang
Hospital Pantai Ipoh
Hospital Pantai Sungai Petani
Hospital Pantai Laguna Merbok

PERIHAL IHH HEALTHCARE MALAYSIA

IHH Healthcare Malaysia adalah salah satu pembekal penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia, dengan kapasiti katil sekitar 3,000 buah.

Rangkaian penjagaan kesihatan kami yang luas dan menyeluruh merangkumi 11 Pantai Hospitals, empat Gleneagles Hospitals, Prince Court Medical Centre dan Timberland Medical Centre, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan kesihatan anda. Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan sokongan seperti Pantai Integrated Labs, Pantai Integrated Rehab serta rangkaian klinik penjagaan primer di bawah Twin Towers Medical Centre.

Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 14,000 kakitangan dan lebih daripada 1,300 perunding sangat komited terhadap aspirasi kami untuk to Care. For Good.

Kami mengutamakan keperluan pesakit untuk memastikan hasil klinikal yang berkualiti tinggi.

IHH Healthcare Malaysia merupakan sebahagian daripada IHH Healthcare, pembekal penjagaan kesihatan bersepadu terkemuka dunia dengan kehadiran di 10 negara, termasuk pasaran utama di Malaysia, Singapura, Turkiye , India dan Greater China (termasuk Hong Kong). Portfolio jenama dipercayai IHH termasuk Acibadem, Mount Elizabeth, Prince Court, Gleneagles, Fortis, Pantai dan Parkway.

Visi kami adalah menjadi rangkaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.ihhhealthcare.com/malaysia

Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!