Hospital Pantai Pulau Pinang berada di lokasi strategik dalam pekan Bayan Baru yang sibuk, hampir dengan Zon Dagangan Bebas Bayan Lepas Pulau Pinang, dan hanya 30 minit pemanduan dari Georgetown, Pulau Pinang. Jaraknya yang sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta Jambatan Pulau Pinang (Jambatan pertama dan kedua) membuatkan hospital itu menjadi pusat penjagaan kesihatan pilihan warga tempatan dan juga pelancong perubatan.

Hospital pakar dengan 190 katil itu menempatkan lebih 37 doktor tetap, 8 doktor sesi, dan 2 doktor pakar tamu. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kepakaran perubatan, termasuklah kardiologi, pembedahan kardiotoraksik, neurologi, pembedahan saraf, pembedahan laparoskopik, dan ortopedik, radiologi intervensi, rawatan brakiterapi, dan pusat bagi rawatan angin ahmar.

Hospital Pantai Pulau Pinang komited terhadap kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan dan pengalaman pesakit.

Hospital Pantai Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).


Latar Belakang Parkway Pantai

Parkway Pantai Limited merupakan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terbesar di Asia dengan 31 hospital di serata rantau itu, termasuklah di Singapura, Malaysia, India, China, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.


Latar Belakang IHH Healthcare Berhad

IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.

Loading...
Thank you for your patience