Cari maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan, waktu melawat, dan nasihat susulan.

Kemasukan

  • Untuk kemasukan pesakit dalam dan pembedahan harian, sila buat pertanyaan di kaunter penyambut tetamu kami di lobi hospital utama, tingkat bawah
  • Waktu kemasukan: 24 jam.
  • Pesakit perlu membayar deposit selepas membuat pendaftaran.
  • Deposit akan digunakan untuk menyeimbangkan bil akhir dan sebarang baki tertinggal akan dipulangkan dengan cek dalam masa 7 hari selepas tarikh dibenarkan keluar/surat jaminan akhir diterima.

Sila Bawa:

  • Kad pengenalan/pasport/sijil kelahiran. Sila ambil maklum kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/waris terdekat mungkin turut diperlukan juga
  • Kad faedah perubatan atau surat jaminan daripada penyedia insuran/majikan anda (hanya tertakluk kepada syarikat yang sudah mempunyai persetujuan kredit dengan pihak hospital)

Barangan Peribadi

  • Anda dinasihatkan membawa barangan peribadi seperti baju tidur dan alatan mandi kerana hospital tidak menyediakan barangan tersebut
  • Anda dinasihatkan tidak menyimpan jumlah wang yang banyak, barang kemas, dan barangan berharga lain sewaktu tempoh anda berada dalam hospital
  • Pihak hospital takkan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan apa-apa barang
Loading...
Thank you for your patience