Hospital Pantai Sungai Petani terletak hanya 5 minit pemanduan dari Lebuh Raya Utara Selatan (plaza tol Sungai Petani Utara) dan hanya 20 minit pemanduan dari Sungai Petani, Kedah. Hospital dengan 115 katil ini menempatkan lebih 23 doktor pakar sepenuh masa, 6 doktor tamu, dan 4 doktor sesi yang menyediakan perkhidmatan subkepakaran termasuklah perubatan am, pembedahan am, obstetrik dan sakit puan, kardiologi, oftalmologi, dan ortopedik.

Hospital Pantai Sungai Petani mempunyai perunding dengan pengalaman meluas serta kakitangan terlatih yang memastikan warga Sungai Petani terus menerima penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Pantai Hospital Sungai Petani merupakan salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).


Latar Belakang Parkway Pantai

Parkway Pantai Limited merupakan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terbesar di Asia dengan 31 hospital di serata rantau itu, termasuklah di Singapura, Malaysia, India, China, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.


Latar Belakang IHH Healthcare Berhad

IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.

Loading...
Thank you for your patience