Jika ahli keluarga anda atau rakan anda ialah pesakit di Hospital Pantai Sungai Petani, sila guna maklumat di bawah untuk membantu anda merancang perjalanan anda. Kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang tertumpu pada pesakit serta keluarga kepada anda serta orang tersayang anda.

Kami ingin memohon para pesakit serta sanak-saudara mereka agar menghormati pesakit dan pelawat lain serta kakitangan hospital. Demi keselamatan semua, semua pelawat mesti mematuhi garis panduan berikut.

Waktu Melawat

  • Waktu melawat am: 12 tengah hari – 2 petang dan 5 petang – 8 malam
  •  Kanak-kanak bawah usia 12 tahun tidak digalakkan datang melawat
  •  Waktu melawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Unit Rawatan Separa Rapi (HDU): 12 tengah hari – 2 petang dan 5 petang – 8 malam setiap hari. Maksimum 2 pelawat dibenarkan pada satu-satu masa

Prosedur Kebenaran Keluar

  •  Waktu dibenarkan keluar: 11 pagi ke atas
  •  Tempoh tangguh selama 2 jam diberikan untuk pesakit mengosongkan bilik mereka
  •  Kadar bilik separuh hari dikenakan untuk kebenaran keluar antara pukul 2 petang – 5 petang
  •  Kadar bilik satu hari dikenakan untuk kebenaran keluar selepas 5 petang
  •  Jika dibenarkan keluar selepas 2 petang, bayaran bilik separuh hari tambahan akan dikenakan
  •  Jika dibenarkan keluar selepas 5 petang, bayaran bilik sehari tambahan akan dikenakan
  •  Sila ambil maklum proses penyediaan bil dan proses kebenaran keluar akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam.
  •  Pembayaran boleh dibuat di kaunter juruwang di lobi
  •  Anda mesti melunaskan bil hospital sepenuhnya sebelum dibenarkan keluar
  •  Jika deposit anda melebihi caj hospital, pulangan wang anda akan diproses selepas pembayaran diterima daripada penyedia insuran anda
  •  Jika anda membayar sendiri, pulangan wang anda akan diproses selepas bil dimuktamadkan. Deposit yang dibuat dengan kad kredit akan dipulangkan masuk ke dalam kad. Cek pulangan wang akan dikeluarkan bagi pembayaran yang dibuat dengan tunai, cek, dan pembayaran kad AMEX
  •  Untuk pertanyaan lanjut berkenaan pemulangan deposit, sila hubungi kaunter kebenaran keluar semasa waktu pejabat pada talian +604-442 8888 samb 1833

Tempat Letak Kereta

  • Percuma dan dibuka 24 jam sehari

Kafeteria

  • Tingkat bawah, bersebelahan pusat kesihatan

Kedai Serbaneka

  • Tingkat bawah, bersebelahan pusat hemodialisis

Farmasi

  • Tingkat bawah, bersebelahan kaunter juruwang pesakit luar
Loading...
Thank you for your patience