Cari maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan, waktu melawat, dan nasihat susulan.

Kemasukan

  • Kaunter kemasukan terletak di lobi hospital di tingkat bawah
  •  Anda mesti tiba di hospital untuk mendaftar sebelum pukul 8:30 pagi, kecuali jika anda diberikan arahan yang berlainan oleh doktor anda
  •  Jika doktor memaklumkan anda yang anda perlu darah disediakan sebelum pembedahan anda, anda mesti mendaftar masuk hospital sehari sebelum pembedahan dijadualkan dan sebelum pukul 1 tengah hari
  •  Jika anda bakal menjalani pembedahan besar pada hari Isnin, anda mesti datang ke hospital pada hari Sabtu sebelum pukul 11 pagi untuk penentuan kumpulan darah dan silang padan kumpulan darah
  •  Bagi pembedahan harian, sila tiba sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu prosedur yang dijadualkan
  •  Pusat pembedahan harian terletak di tingkat 1, waktu operasinya adalah:
    • Ahad hingga Khamis: 8:30 pagi – 5 petang
    •  Jumaat: 8:30 pagi – 1:30 tengah hari
    •  Sabtu dan cuti umum: Tutup

Sila Bawa:

  • Kad pengenalan/pasport/sijil kelahiran/kad FIN
  •  Sila ambil maklum kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/waris terdekat mungkin diperlukan
  •  Borang penilaian kemasukan
  •  Borang kebenaran (untuk pembedahan atau prosedur)
  •  Borang khidmat nasihat kewangan bagi pengenaan bayaran oleh doktor
  •  Surat rujukan doktor
    •  Kad faedah perubatan atau surat jaminan daripada penyedia insuran anda/majikan (hanya tertakluk kepada syarikat dengan persetujuan kredit bersama pihak hospital)
  • Senarai ubat-ubatan yang sedang diambil pesakit berserta dosnya (untuk kes pembedahan harian)
  •  Baju tidur atau jubah tidur
  •  Selipar tidak licin
  •  Alatan penjagaan diri peribadi

Pendaftaran Kelahiran

  • Semua kelahiran mesti didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara
  •  Selepas pendaftaran dibuat, bayi baru lahir itu akan diberikan sijil kelahiran. Pendaftaran kelahiran biasa merujuk kepada pendaftaran yang dibuat dalam masa 14 hari selepas kelahiran bayi dalam Malaysia
  • Sila bawa:
    • Pemberitahuan kelahiran hidup
    •  Kad pengenalan ibu dan bapa
    •  Sijil kelahiran ibu dan bapa
    •  Borang JPN.LM01 yang siap diisi
  • Dokumen tambahan diperlukan bagi warga asing:
    • Pasport ibu dan bapa
    •  Kad pengenalan Malaysia ibu dan bapa (jika berkenaan)
  • Dokumen tambahan diperlukan untuk pendaftaran oleh wakil
    • Surat memberi kebenaran daripada ibu bapa kepada bayi baru lahir itu yang ditandatangani kedua-dua ibu dan bapa
    •  Kad pengenalan/pasport wakil
Loading...
Thank you for your patience