Accident and Emergency Services NEW
Bilik Pengasingan di A&E
Perunding Bertugas
24 jamPerkhidmatan Ambulans
Imbasan CT & MRI 24/7

Kemalangan & Kecemasan

Jabatan Kemalangan & Kecemasan Hospital Pantai Sungai Petani dibuka 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecederaan atau kecemasan perubatan, 24 jam sehari, setiap hari. Pasukan doktor dan jururawat di jabatan A&E telah dilatih secara khusus untuk menguruskan situasi kecemasan. Mereka akan menilaikan situasi tersebut menggunakan klasifikasi, iaitu proses mengkelaskan atau mengkategorikan pesakit menurut keterukan keadaan klinikal mereka. Kes-kes paling teruk dengan keadaan yang mengancam nyawa akan diutamakan, sementara kes-kes lain mungkin perlu menunggu selama15 - 30 minit, bergantung pada bilangan pesakit yang ada di A&E.

Selain doktor dan jururawat kecemasan yang akan menilaikan dan menguruskan kes anda, ada juga doktor pakar dan pakar bedah berbilang disiplin yang turut bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan yang rumit.

Klasifikasi & Masa Menunggu

Sistem klasifikasi mengkelaskan pesakit menurut kategori supaya mereka yang perlukan perubatan segera dapat dirawat lebih awal. Penilaian ini akan dibuat berdasarkan keadaan sejarah, fizikal dan tanda-tanda vital (contohnya, tahap kesedaran, tekanan darah, pernafasan, suhu, ketepuan oksigen, paras gula) setibanya mereka di unit kecemasan

Gambaran keseluruhan bagi tiga kategori sistem keakutan klasifikasi; Ada 3 Zon di ED, iaitu Merah, Kuning dan Hijau. Merah akan segera diperiksa, kuning dalam 15 minit dan hijau dalam 90 minit.

Zon Merah: Kecemasan

  • Keakutan
  • Mengancam nyawa atau anggota

  • Penilaian semula yang dicadangkan
  • Berterusan

  • Contoh-contoh
  • Pegun kardiopulmonari, gangguan pernafasan teruk, cedera bakar parah, trauma berat, pendarahan banyak tidak terkawal, status epileptikus, tidak sedarkan diri.

Zon Kuning: Kritikal

  • Keakutan
  • Perlu segera dijaga, tetapi tidak akan menyebabkan kehilangan nyawa atau anggota jika tidak dirawat selama beberapa jam.

  • Penilaian semula yang dicadangkan
  • Setiap 30 minit

  • Contoh-contoh
  • Sakit abdomen, sakit dada bukan kerana jantung, berbilang fraktur, pelecetan, kalkuli ginjal

Zon Hijau: Tidak Kritikal

  • Keakutan
  • Perlukan rawatan tetapi masa bukan faktor kritikal

  • Penilaian semula yang dicadangkan
  • Setiap 1-2 jam

  • Contoh
  • Ruam, sakit kepala kronik, seliuh, hidung berair

Pasukan Khusus di A&E
Card image cap
Dr Jeysudhan Nair AL Thambi Nair
PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay, Tamil

Card image cap
Dr Md Faiz Bin Md Rodzi

PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap
Dr Ng Kuo Chern

PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay, Hokkien, Mandarin

Card image cap
Dr Rauhah bt Mohamad Salleh
PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap
Dr Kharthik Arumugam
PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay, Tamil

Soalan-soalan Kerap Ditanya (FAQ)
Loading...
Thank you for your patience