Ankle / buku lali
Buku lali sakit for almost 9 months. Terseliuh on December. Dh ke klinik, acupuncture, chiro , tp smpai sekarang kena bergantung pd ankle guard. Buku lali membengkak dan sakit setiap hari.. even normal daily routine at work.

Answer:
Buku lali yang membengkak disebabkan terseliuh untuk tempoh yang agak panjang seperti ini memerlukan pemeriksaan dan penyiasatan lanjut. Kebiasaannya terseliuh buku lali menyebabkan berlakunya kecedaraan pada urat ligament di sekitar buku lali tersebut. kecederaan ligament ini biasanya akan sembuh setelah 6 minggu hingga 3 bulan dengan syarat sendi kaki hendaklah dielakkan dari melakukan sebarang pergerakan yang kasar dan banyak. Caranya ialah samada meletakkan kaki pesakit dengan simen atau POP atau melakukan pemakaian aircast shoes atau kasut aircast untuk mengelakkan sendi buku lali dari bergerak ketika berjalan.

Sekiranya teknik rawatan di atas tidak dipatuhi maka akan berlakunya kesakitan yang berlanjutan pada buku lali disebabkan ural ligament yang sukar sembuh akibat pergerakan yang terlalu banyak.

Bagi memastikan punca disebabkan ligament yang cedera, pesakit disaran melakukan pemeriksaan MRI untuk mengesan urat ligament yang mana yang rosak. Sekiranya urat itu putus dan menganggu kestabilan sendi maka pembedahan menggantikan urat adalah disarankan. 

Perlu diingatkan juga bahawa xray juga adalah penting untuk dilakukan bagi memastikan tiada kepatahan pada tulang buku lali yang boleh mengakibatkan kesakitan yang berpanjangan. Terdapat segelintir pesakit yang terseliuh buku lali datang dengan kepatahan pada tulang buku lali yang memerlukan pembedahan segera.

Adalah disarankan tuan/puan datang segera ke hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut kerana sekiranya dibiarkan, ianya boleh merosakkan sendi di buku lali pada masa akan datang yang lebih sukar untuk dirawat.

Any advice, recommendations, or information provided by the Company, its affiliates, employees, moderators, medical practitioners, and representatives within the Forum is not to be taken as conclusive advice. It is intended as a suggestion and not a substitute for consulting with qualified medical practitioners. Users are encouraged to seek professional advice tailored to their specific circumstances.


Share This Question: 
Last Edited: 05 Apr 2026
187
Loading...
Thank you for your patience
aad blue heart