CARPAL TUNNEL SYMPTOM
dah hampir setahun tangan kebas,tapi dah sebulan ni makin teruk smpai tak boleh pegang barang. pergi KK doc tak boleh diagnosed sakit apa. ada pergi buat rawatan saraf. Org yg merawat tu cakap Carpal tunnel symptom. apa solution yg sy boleh buat ?

Answer:
Kebas di sebelah tangan samada kiri atau kanan adalah disebabkan berlakunya himpitan pada salah satu dari 3 saraf utama iaitu saraf median, saraf ulna atau saraf radial. Kebiasaannya adalah disebabkan himpitan saraf median yg disebut sebagai carpal tunnel syndrome.  Antara perkara yang akan ditanya sekiranya berjumpa doktor adalah samada pesakit ada mengalami kebas yang menganggu pesakit ketika tidur terutamanya di awal subuh yang menyebabkan pesakit terjaga dan kebas tangan. Sekiranya ada maka pembedahan untuk meleraikan himpitan tersebut hendaklah dilakukan di bahagian tapak tangan yg disebut sebagai Carpal Tunnel Release. Selain daripada itu beberapa pemeriksaan special seperti phalen, reverse phalen dan durkan test akan dilakukan bagi memastikan saraf median yg terlibat. Nerve conduction study juga boleh dilakukan bagi mengenalpasti saraf yg terlibat yang menyebabkan berlakunya kekebasan pada tangan. 

Pembedahan carpal tunnel release biasanya memakan masa  lebih kurang 30 minit dan merupakan pembedahan minor yang boleh dilakukan tanpa bermalam di wad atau daycare procedure. Tiada sebarang kesan sampingan yang major melainkan terdapat setengah2 pesakit yang mengadu sakit di bahagian pergelangan tangan yang di panggil sebagai pillar pain.

Bagi memastikan ianya carpal tunnel syndrome, pemeriksaan lanjut harus di buat oleh pakar ortopedik bagi mengenalpasti punca kekebasan pada tangan tuan/puan.  

Any advice, recommendations, or information provided by the Company, its affiliates, employees, moderators, medical practitioners, and representatives within the Forum is not to be taken as conclusive advice. It is intended as a suggestion and not a substitute for consulting with qualified medical practitioners. Users are encouraged to seek professional advice tailored to their specific circumstances.


Share This Question: 
Last Edited: 24 May 2026
69
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart