Selamat sejahtera, doktor. Saya ada ganglion cyst di bahagian pergelangan tangan. Akhir-akhir ini, saya rasa sakit setiap kali menggunakan tangan, dan kesakitannya menjalar hingga ke siku. Boleh doktor jelaskan sama ada simptom ini disebabkan oleh cyst atau mungkin ada masalah lain?
Ganglion cyst pada pergelangan tangan terutamanya yang bersaiz besar boleh menyebabkan berlakunya himpitan atau tekanan pada salah satu saraf iaitu samada saraf median ( median nerve ) atau saraf radial ( superficial radial nerve ). Tekanan atau himpitan pada dua saraf ini boleh menyebabkan berlakunya kesakitan yang dirasai sepanjang kedudukan saraf tersebut iaitu hingga ke bahagian siku.
Antara sebab lain juga adalah bilamana tumbuhnya ganglion cyst di pergelangan tangan , terdapat pesakit yang berasa tidak selesa dan menyebakan posisi tangan berubah dan penggunaan otot otot di bahagian lengan turut berubah disebabkan ketidakselasaan yang wujud. In juga adalah penyebab utama berlakunya kesakitan hinggan ke bahagian siku pesakit disebabkan berlakunya ketidak seimbangan dalam penggunaan otot2 tersebut daripada biasa. Sekiranya dibiarkan lama, maka komplikasi seperti tennis elbow dan golfer elbow akan terjadi yang menjadi punca kesakitan di bahagian siku.
Kebiasaannya bila mana terjadi kesakitan pada bahagian siku dan lengan, ianya menunjukkan bahawa saiz ganglion cyst itu telah menjadi besar dan pembedahan untuk membuangnya perlu dilakukan,
Disarankan tuan/puan hadir berjumpa dengan pakar ortopedik mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan yang lebih komprehensif.
Any advice, recommendations, or information provided by the Company, its affiliates, employees, moderators, medical practitioners, and representatives within the Forum is not to be taken as conclusive advice. It is intended as a suggestion and not a substitute for consulting with qualified medical practitioners. Users are encouraged to seek professional advice tailored to their specific circumstances.