Kaki bengkak, sedikit sakit, sedikit sesak nafas
Ayah saya menjalani pembedahan oklusi vaskular 12 tahun yang lalu.

Answer:
Kaki yang bengkak disertai dengan sesak nafas selalunya dikaitkan dengan masalah kelemahan pada jantung. Hendaklah dipastikan samada bengkak tersebut berlaku pada kedua dua belah kaki atau sebelah kaki sahaj. Sekiranya bengkak pada kedua dua belah kaki disertai dengan sesak nafas maka dinasihatkan bersegera berjumpa doktor untuk siasatan lanjut berkenaan dengan keadaan jantung ayah puan/tuan. sekiranya berlaku pada sebelah kaki saja, maka ada kemungkinan disebabkan masalah salur darah tersumbat atau kebarangkalian wujud darah beku pada kaki yang harus diperiksa oleh doktor pakar. Terdapat juga sebab sebab lain antaranya permasalah buah pinggang, kehilangan protein dari dalam badan, masalah salur limpa yang tersumbat dan jangkitan kuman pada kaki yang perlu dipastikan dengan ujian darah dan pemeriksaan lanjut.

Dr Kamarul Izham
PHSP Sungai Petani

Any advice, recommendations, or information provided by the Company, its affiliates, employees, moderators, medical practitioners, and representatives within the Forum is not to be taken as conclusive advice. It is intended as a suggestion and not a substitute for consulting with qualified medical practitioners. Users are encouraged to seek professional advice tailored to their specific circumstances.


Share This Question: 
Last Edited: 02 Apr 2026
112
Loading...
Thank you for your patience
aad blue heart