Kebas pada bahagian punggung, kemaluan dan kaki sebelah kiri.
Saya ada buat xray di HUKM. Doktor maklumkan L3,L4,L5 sy degenerative. Tapi dia suspek saraf x terhimpit. Doc prescibe celebrex utk 2 mggu dan myonal untuk 3 hari. Next appointment saya 6/4. Masalahnya sekarang saya dh jadi kebas terus bahagian punggung dan kemaluan. Adakah saya perlu terus ke kecemasan?
Kebas dibahagian punggung, kaki dan kemaluan boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan seringnya berpunca dari masalah tulang belakang. MRI tulang belakang yang dilakukan melebihi 2 tahun lama perlu dilakukan sekali lagi bagi memastikan kerosakan pada tulang belakang tersebut tidak bertambah teruk atau tiada keroskan yang baru. Sekiranya MRI yang dibuat semula menunjukkan berlakunya slip disc yang bertambah teruk, maka pembedahan adalah disarankan bagi mengelakkan berlakunya masalah tulang belakang yang lebih teruk
Bagi simptom kebas yang semakin teruk pada bahagian punggung dan kemaluan, adalah sangat disarankan agar tuan puan segera berjumpa dengan doktor yang merawat tuan puan sebelum ini samada segera ke klinik beliau atau terus ke kecemasan bagi mendapatkan rawatan yang awal dan segera
Sudah tentu berdasarkan symptom yang semakin ketara ini, mri yang baru harus dilakukan bagi memastikan permasalahan yang asal tidak bertambah teruk dan tindakan pembedahan dapat dilakukan segera.
Tetapi sekiranya penyiasatan mri membuktikan perkara yang sama berlaku dan tiada masalah yang baru pada tulang belakang tuan/puan maka satu lagi penyiasatan harus dilakukan iaitu MRI pelvis
Ini disebabkan kemungkinan punca kebas tersebut bukan datang dari tulang belakang, tetapi dari otot sekitar bahagian punggung terutamanya otot piriformis yang boleh memberi tekanan pada saraf sciatic tuan atau puan dan menyebakan rasa kebas yang ketara. Syndrom ini dipanggil piriformis syndrome dan boleh dikesan sekiranya mri pelvis dilakukan dan sekiranya betul maka pembedahan untuk melonggarkan tekanan tersebut harus dilakukan samada memotong otot tersebut secara total atau separa.
Disarankan tuan puan segera berjumpa doktor merawat dengan segera seperti yang telah saya sebutkan di atas
Any advice, recommendations, or information provided by the Company, its affiliates, employees, moderators, medical practitioners, and representatives within the Forum is not to be taken as conclusive advice. It is intended as a suggestion and not a substitute for consulting with qualified medical practitioners. Users are encouraged to seek professional advice tailored to their specific circumstances.