Pertanyaan Mengenai Pemeriksaan dan Kos Rawatan Pembengkakan Kelenjar Limfa (Lymph Node)
Kepada pihak Pantai Hospital Cheras,Salam sejahtera.Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan pemeriksaan lanjut untuk masalah pembengkakan kelenjar limfa (lymph node) di bahagian leher sebelah kiri.Untuk makluman pihak tuan/puan, saya telah mengalami pembengkakan tersebut selama lebih kurang satu tahun. Baru-baru ini, saiznya didapati semakin membesar dan terasa sedikit sakit. Saya telah menjalani pemeriksaan awal termasuk ujian darah dan ultrasound di klinik, dan hasil ultrasound menunjukkan terdapat beberapa pembengkakan kelenjar limfa servikal, dengan saiz terbesar sekitar 2.35 cm x 1.53 cm. Saya juga telah diberikan antibiotik (Co-Amoxiclav 625).Saya telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjut dan ingin mendapatkan maklumat daripada pihak hospital berkenaan:Anggaran kos konsultasi pakar (Internal Medicine / ENT).Anggaran kos ujian lanjut seperti ultrasound ulang atau FNAC (biopsi jarum halus).Prosedur pendaftaran bagi pesakit tanpa kad pengenalan atau pasport (status bukan warganegara).Tempoh menunggu untuk mendapatkan temu janji.Saya amat menghargai jika pihak tuan/puan dapat memberikan anggaran kos supaya saya boleh membuat perancangan kewangan terlebih dahulu.Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan/puan amat saya hargai.Sekian, terima kasih.Yang benar,Noor
Dear Sir/Madam,
We extend our sincere gratitude for choosing Pantai Hospital Malaysia for your healthcare requirements.
We appreciate you providing the details of your medical history and recent investigations. Based on the information shared, we understand your concern regarding the persistent and recently enlarging cervical lymph node.
Kindly note that as every medical case is unique, the appropriate investigations, treatment plan, and overall cost may vary depending on the doctor’s clinical assessment.
Therefore, we strongly recommend that you first consult with one of our specialists. During the consultation, the doctor will review your previous reports, perform a physical examination, and advise on the most suitable next steps along with the cost estimation.
Any advice, recommendations, or information provided by the Company, its affiliates, employees, moderators, medical practitioners, and representatives within the Forum is not to be taken as conclusive advice. It is intended as a suggestion and not a substitute for consulting with qualified medical practitioners. Users are encouraged to seek professional advice tailored to their specific circumstances.