Plantar fasciitis
Saya baru disahkan mengalami plantar fasciitis minggu lepas di sebuah klinik kerajaan.. dan features action dari klinik tersebut adah fisio.. tetapi.. tumit saya begitu sakit sehingga kaki saya membengkak dan saya tidak mampu untuk berpijak dengan betul.. untuk pengetahuan doktor.. saya berumur 33tahun.. dan bekerja sebagai juruwang dimana saya akan kerja berdiri lebih dr 8jam.. apakah rawatan segera yang boleh saya dapatkan kerana keadaan sakit ini menganggu kerja dan activity seharian saya..

Answer:
Plantar fascitis merupakan permasalahan radang pada selaput dan ligament di tapak kaki yang agak comon berlaku terutamanya di kalangan wanita. Antara rawatan yang disarankan adalah dengan memakai insole kasut yang mempunyai support untuk menyokong foot arch atau lengkungan pada tapak kaki selama 8 bulan secara konsisten samada di luar rumah atau didalam rumah. Sekiranya pemakaian insole seperti ini tidak diikuti sepenuhnya maka ia akan menyebabkan proses penyembuhan akan terganggu. Di samping itu teknik fisioterapy yang betul perlu diajar iaitu dengan memastikan stretching pada gastrocnemius muscle dan archille tendon dilakukan secara effective dan betul. sekiranya tidak maka rawatan akan menjadi lebih rumit. sekiranya perkara di atas tidak dapat untuk mengurangkan permasalahan maka antara cara yang boleh dicuba ialah dengan melakukan steroid injection pada bahagian tumit yang sakit. Selalunya di bahagian yang sakit bagi mereka yang menghidap plantar fascitis akan terdapat bone spur ( tulang tajam ) sekiranya di ambil xray pada bahagian tersebut. Jadinya steroid injection akan dilakukan pada bahagian tulang tajam terbut dan rawatan ini hendaklah diserta sekali dengan pemakaian insole yang disebut di atas dan juga latihan stretching pada otot gastrocnemius oleh physiotherapy.  Jalan terakhir ialah dengan melakukan pembedahan dengan membuang tulang yang tajam tersebut yg mana perkara ini amat jarang dilakukan.



Any advice, recommendations, or information provided by the Company, its affiliates, employees, moderators, medical practitioners, and representatives within the Forum is not to be taken as conclusive advice. It is intended as a suggestion and not a substitute for consulting with qualified medical practitioners. Users are encouraged to seek professional advice tailored to their specific circumstances.


Share This Question: 
Last Edited: 07 Jun 2026
130
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart