Plantar fasciitis
Hai. Saya mengalami masalah plantar fasciitis, heel Spur selama 2 tahun di tumit kanan dan sudah menjalani tempoh fisioterapi di klinik berdekatan,namun begitu masih belum sembuh. bolehkah sekiranya saya ke hospital untuk menjalani operation untuk membuang taji tulang tersebut, dan untuk pengetahuan, taji juga telah tumbuh di tumit kiri pula. Ini sangat menghadkan pergerakan saya untuk melakukan aktiviti kegemaran saya sperti berjoging dan briskwalk. Mohon pencerahan Dr.

Answer:
Tumbuhnya taji atau calcaneal spur pada plantar fascitis adalah sesuatu yg pasti dan tak dapat dielakkan. Namun cara rawatan yang utama tidak semesti memerlukan kita membuang taji tersebut. Dalam banyak kes rawatan secara bukan pembedahan selalunya msmpu untuk merawat plantar fascitis dengan syarat

1. Tempoh rawatan yang cukup diberikan iaitu sekitar tempoh 8 bulan. Pesakit perlu memaikan special insole atau alas dalaman kasut yang khas samada di luar atau dalam rumah selama tempoh tersebut dan juga perlu menjalani stretching exercise untuk otot di belakang peha dan betis selama tempoh yang sama.

2. Pesakit perlu compliant atau mematuhi semua syarat2 dan tatacara rawatan yg diberikan tanpa culas. 

Sekiranya pesakit mampu mematuhi syarat rawatan di atas maka selalunya penyakit ini akan semakun lega dan bertambah kurang sakit

Disamping 2 perkara di atas rawatan intervensi secara steroid injection juga turut diberi yg boleh di ulang maksimum sebanyak 3 kali sepanjang 8 bulan rempoh rawatan tersebut.

Namun sekiranya semua di atas dilakukan dan kesakitan masih dirasai makan pembedahan membuang taji tersebut boleh dilakukan dan pesakit perlu berjumpa dengan doktor pakar ortopedik bagi tujuan tersebut

Any advice, recommendations, or information provided by the Company, its affiliates, employees, moderators, medical practitioners, and representatives within the Forum is not to be taken as conclusive advice. It is intended as a suggestion and not a substitute for consulting with qualified medical practitioners. Users are encouraged to seek professional advice tailored to their specific circumstances.


Share This Question: 
Last Edited: 23 May 2026
75
Packages and Promotions
View All
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart