Kedokteran Geriatrik

Perubatan Geriatrik merujuk kepada cabang perubatan yang khususnya tertumpu pada aspek-aspek klinikal, pencegahan, pemulihan dan sosial bagi penyakit di kalangan orang berumur. Pakar geriatrik adalah pakar perubatan yang berkemahiran dan berpengalaman tinggi dalam bidang ini. Memiliki kedua-dua ciri ini adalah penting, terutamanya kerana pakar geriatrik perlu merawat pesakit berumur yang mengalami kelemahan fizikal, gabungan penyakit rumit, ciri-ciri penyakit yang berlainan, respons fizikal yang tersendiri, selain keperluan individu bagi pemulihan atau sokongan sosial.

Pakar Geriatrik di Pantai Hospital Ayer Keroh memiliki kelayakan yang tinggi dari United Kingdom, dan disokong oleh pasukan khusus ahli profesional dalam pelbagai disiplin, yang merangkumi ahli fisoterapi, ahli terapi pekerjaan, pakar diet, di samping ahli terapi pertuturan dan bahasa. Secara kolektif, pasukan ahli perubatan profesional ini menggunakan kaedah yang lebih holistik untuk mendiagnosis dan merawat keadaan penyakit pesakit yang berumur, serta memberi sokongan sosial yang mungkin diperlukan dalam rawatan pesakit tersebut.


Kaedah Rawatan Peribadi bagi Masalah atau Penyakit di Kalangan Orang Berumur

Kecemerlangan kualiti perkhidmatan di hospital kami diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), yang mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu penyedia perkhidmatan penjagaan geriatrik yang terbaik di negara.

Pasukan profesional akan memastikan setiap pesakit yang melangkah untuk mendapatkan kemudahan kami diberikan penjagaan holistik yang tertumpu, khususnya dalam membuat keputusan individu yang berkaitan dengan kualiti hidup. Bagi tujuan ini, pakar geriatrik kami yang berpengalaman akan bekerjasama dengan ahli perubatan profesional yang berkemahiran untuk merangka satu pelan tumpuan pesakit yang dapat memenuhi keperluan pesakit dan juga membantu ahli keluarga mereka.

Tugas pakar-pakar dan ahli perubatan profesional kami termasuk memeriksa pesakit berumur di hospital yang mengalami sakit akut, bagi mengesahAkan proses keluar hospital dan pelan pemulihan mereka. Ini turut merangkumi proses mengenal pasti dan mengutamakan jenis ubat yang diperlukan oleh pesakit berumur yang mengalami berbagai masalah perubatan.


Berpengetahuan dan Berpengalaman untuk Menangani Kedua-dua Masalah Geriatrik Biasa dan Teruk

Pakar geriatrik di Pantai Hospital Ayer Keroh berpengetahuan dan berpengalaman dalam menangani masalah fizikal dan penyakit biasa yang dialami oleh orang berumur. Ini termasuk:

  • Jatuh
  • Kerapuhan
  • Gangguan pergerakan
  • Kesakitan warga tua
  • Osteoartritis
  • Osteoporosis
  • Penurunan dalam mobiliti

Penilaian geriatrik pesakit berumur secara menyeluruh akan membantu pakar kami untuk mendiagnosis dan merawat masalah atau penyakit kelemahan lain yang dialami. Masalah atau penyakit ini termasuk:

  • Anemia
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Delirium
  • Demensia
  • Kemurungan
  • Kencing manis
  • Pening
  • Hipertensi
  • Inkontinen
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan dan penurunan berat badan
  • Polifarmasi
  • Strok
  • Pengsan

Pakar kami membuat pemeriksaan komprehensif yang menyeluruh untuk menentukan jika pesakit perlu menambah atau menghentikan preskripsi bagi ubat tertentu, atau jika mereka perlu pertimbangkan kaedah rawatan yang lebih spesifik.

Pakar kami juga boleh merangka pelan peribadi untuk membantu penuaan secara sihat, atau menilai ingatan bagi mengesan kemerosotan kognitif yang teruk (juga dikenali sebagai demensia). Kemudahan rawatan geriatrik kami juga dilengkapi sepenuhnya bagi penjagaan paliatif atau akhir hayat untuk golongan berumur.

Jika anda adalah individu berumur yang mempunyai sebarang masalah fizikal, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar geriatrik. Ini akan dapat mencegah keadaan anda daripada bertambah teruk, dan menambahkan keberkesanan rawatan.

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan perubatan geriatrik di Pantai Hospital Ayer Keroh.

Spesialisasi Kami

Muat lebih banyak
Loading...
Thank you for your patience