Dr. Albert Tan Chao Chiet, Perunding Obstetrik, Ginekologi & Uroginekologi
Inkontinens kencing — kebocoran air kencing secara tidak sengaja — menjejaskan kehidupan ramai wanita di Malaysia, namun ramai masih menderita sendirian. Ia sering dianggap sebagai perkara biasa selepas bersalin, peningkatan usia atau gejala putus haid, tetapi sebenarnya inkontinens bukan sesuatu yang wanita perlu “tahan sahaja”. Ia adalah keadaan perubatan yang mempunyai rawatan berkesan dan terbukti.
Ramai wanita berkongsi bagaimana inkontinens menjejaskan kehidupan sosial, kerja, aktiviti fizikal, dan keyakinan diri mereka. Ada yang mengelak perjalanan jauh, mengehadkan pengambilan air, atau hidup dalam ketakutan kebocoran setiap masa. Dengan pemeriksaan dan rawatan yang betul, kebanyakan wanita boleh mendapatkan semula kawalan pundi kencing — dan kehidupan mereka.
Bila Perlu Menjalani Pemeriksaan — Ia Mungkin Lebih Serius Daripada Yang Dijangka
Tidak semua kebocoran kencing adalah ringan. Kadang kala, inkontinens boleh berkaitan dengan ketumbuhan pelvis atau tumor rahim yang menekan pundi kencing, terutamanya jika gejala muncul secara tiba-tiba atau bertambah teruk dengan cepat.
Wanita patut mendapatkan pemeriksaan segera jika mengalami:
Diagnosis awal memastikan masalah yang boleh dirawati tidak terlepas pandang — dan keadaan lebih serius dapat dikesan lebih awal.
Prolaps Organ Pelvis: Punca Lazim Tetapi Sering Diabaikan
Prolaps Organ Pelvis (POP) berlaku apabila pundi kencing, rahim atau usus ‘jatuh’ terkeluar dari bahagian faraj akibat kelemahan otot dasar pelvis — biasanya selepas bersalin, kelahiran sukar,
putus haid, atau batuk kronik. Ramai wanita tidak sedar bahawa prolaps dan inkontinens sering berlaku serentak.
Prolaps boleh menyebabkan:
Apabila prolaps wujud, merawat inkontinens sahaja selalunya tidak mencukupi. Kedua-dua keadaan perlu dinilai dan dirawat secara menyeluruh menggunakan pendekatan kesihatan pelvis yang holistik.
Inilah sebabnya pakar uroginekologi — pakar yang terlatih dalam ginekologi dan masalah kelemahan pelvis wanita — adalah pakar paling sesuai untuk menilai dan merawat inkontinens wanita. Tidak seperti pakar urologi yang tertumpu kepada sistem saluran kencing dan buah pinggan, pakar uroginekologi dilatih untuk menilai interaksi antara rahim, faraj, otot pelvis dan pundi kencing — aspek penting dalam merawat masalah ini.
Kepakaran Unik di Malaysia: Laparoscopic Burch Colposuspension
Inkontinens tekanan kenning (stress urinary incontinence) — kebocoran kencing ketika batuk, ketawa atau aktiviti fizikal — adalah antara jenis inkontinens wanita paling kerap. Apabila senaman lantai pelvis atau ubat tidak mencukupi, rawatan pembedahan mungkin diperlukan.
Saya kini merupakan satu-satunya pakar uroginekologi di Malaysia yang secara rutin melakukan Laparoscopic Burch Colposuspension dengan keputusan klinikal yang konsisten dan positif. Prosedur invasif minimum tanpa penggunaan mesh ini menggunakan jahitan untuk memulihkan sokongan pundi kencing. Teknik ini disokong oleh berpuluh tahun bukti kajian-kajian antarabangsa tentang keselamatan, keberkesanan, dan keberkesanannya dalam jangka masa panjang.
Bagi wanita yang ingin mengelakkan penggunaan mesh sintetik atau pernah mengalami komplikasi daripada pembedahan mesh sebelum ini, Laparoscopic Burch Colposuspension ialah alternatif yang terbukti, selamat dan berkesan.
Mengapa Tidak Menggunakan Mesh? Memahami Risikonya
Dahulu, mesh sintetik digunakan secara meluas untuk merawat inkontinens tekanan kenning (stress urinary incontinence) kerana ia mudah dipasang dan berkesan pada peringkat awal. Namun, banyak negara melaporkan komplikasi serius, termasuk:
Beberapa negara seperti UK dan New Zealand telah mengenakan peraturan ketat atau larangan sementara penggunaan mesh kerana komplikasi-komplikasi ini.
Untuk wanita yang ingin mengelakkan mesh, atau yang pernah mengalami komplikasi mesh, Laparoscopic Burch Colposuspension menawarkan pilihan yang selamat, berkesan dan terbukti — tanpa memasukkan bahan asing ke dalam badan.
Uroginekologi Moden Boleh Mengubah Hidup
Inkontinens wanita memberi kesan negatif kepada keyakinan diri, hubungan, dan aktiviti harian. Tetapi dengan penilaian tepat, rawatan konservatif, dan pilihan pembedahan moden seperti Laparoscopic Burch Colposuspension, wanita boleh kembali menjalani kehidupan normal dengan keyakinan penuh.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami kebocoran kencing, jangan abaikan gejala ini. Terdapat bantuan, dan anda tidak perlu hidup dengan masalah ini.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat janji temu, anda boleh menghubungi klinik saya atau membuat temujanji di Pantai Hospital Cheras.