Unit Jagaan Kritikal

Unit Jagaan Kritikal mempunyai nisbah kakitangan kepada pesakit yang rendah, lalu membolehkan kakitangan jagaan kesihatan untuk memantau pesakit dengan lebih rapi.Ia juga dilengkapi dengan sokongan pernafasan kompleks untuk pesakit tenat.


Unit Rawatan Rapi (ICU)

ICU kami mampu menampung keperluan pesakit dewasa dan juga kanak-kanak. Data tanda vital pesakit dipantau sepanjang masa oleh jururawat yang terlatih. ICU ditempatkan berdekatan dengan bilik bedah agar pesakit dapat menerima rawatan kecemasan yang secepat mungkin.


Unit Rawatan Separa Rapi (HDU)

HDU merupakan unit jagaan progresif dan pertengahan bagi pesakit yang memerlukan tahap pemantauan, rawatan dan penjagaan kejururawatan yang pada amnya lebih tinggi daripada apa yang disediakan di wad umum.


Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU)

NICU berkepakaran dalam pemantauan dan penjagaan bayi pramatang dan yang baru lahir di bawah usia 3 bulan. NICU kami menggabungkan kelengkapan canggih dengan penjagaan kesihatan oleh ahli professional yang terlatih untuk memberi rawatan khusus.


Masa Lawatan

  • 12pm – 2pm, 4:30pm – 8pm
  • Maksimum 2 pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu masa.
  • Kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun tidak dinasihatkan untuk melawat

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience