Jantung & Vaskular

Kardiologi merupakan kepakaran yang melibatkan gangguan pada organ jantung. Ini termasuklah gangguan peredaran koronari, injap jantung, myokardium, perikardium, penyakit jantung sejak kecil, serangan sakit jantung, dan penyakit vaskular

Pakar kardiologi kami juga turut memiliki subkepakaran dalam salah satu atau lebih daripada disiplin berikut:

  • Elektrofisiologi kardiak – Kajian tentang ritma jantung
  • Ekokardiografi – Kajian struktur serta fungsi mekanikal jantung menggunakan ultrabunyi
  • Kardiologi intervensi – Kaedah rawatan yang kurang invasif bagi gangguan struktur, koronari, dan vaskular dengan menggunakan kateter kecil, stent, dan/atau peranti mekanikal.

Pembedahan kardiotoraksik

Pakar bedah kardiotoraksik bekerjasama rapat dengan pakar kardiologi dan terlatih untuk membedah jantung, paru-paru, dinding dada, dan diafragma.

Pengkhususan pembedahan ini dikhaskan untuk rawatan pembedahan bagi penyakit, trauma, serta kecacatan baru terjadi atau kecacatan sejak kecil bagi jantung dan saluran-salurannya.

Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan pembedahan kardiotoraksik termasuklah penyumbatan arteri koronari, gangguan injap, aneurisme, dan penyakit jantung sejak kecil

Sebuah pasukan berkepakaran tinggi termasuklah pakar bedah kardiotoraksik, pakar kardiologi, pakar bius, dan pakar penjagaan rapi diperlukan bagi menyediakan rawatan tahap tinggi kepada pesakit kardiotoraksik.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience