Saringan kanser serviks adalah penting untuk pengesanan dan pencegahan awal, tetapi ramai orang keliru tentang perbezaan antara ujian HPV berbanding Pap Smear. Ujian ini, walaupun saling melengkapi, kedua-duanya mempunyai tujuan yang berbeza:
Ujian HPV: Mengesan jenis papilomavirus manusia yang berisiko tinggi (HPV), yang berkaitan dengan kanser serviks. Ujian ini memberikan tumpuan kepada mengenal pasti virus itu sendiri, bahkan sebelum berlakunya perubahan pada sel.
Ujian Pap (Pap Smear): Memeriksa sel serviks untuk mencari keabnormalan yang boleh menunjukkan perubahan prakanser atau kanser serviks. Ini tidak menguji HPV secara langsung tetapi mengesan perubahan yang disebabkan oleh HPV.
Kedua-dua ujian ini penting sebagai alat untuk melindungi kesihatan serviks, serta sering digunakan bersama dalam protokol ujian serentak. Walau bagaimanapun, pengesyoran individu berbeza-beza berdasarkan umur, sejarah perubatan, dan faktor risiko. Menurut (Institut Kesihatan Kebangsaan) NIH, program saringan terancang peringkat populasi telah mengurangkan kadar kanser serviks sebanyak 50% hingga 80% (NIH, 2020).
Sesetengah strain HPV lebih berkemungkinan menyebabkan perubahan sel atau kanser berkaitan HPV. Jika seorang wanita mempunyai jangkitan HPV yang berterusan, Pap Smear dapat membantu untuk mengenal pasti perubahan sel berkaitan yang mungkin memerlukan penilaian selanjutnya.
Penting untuk diambil maklum bahawa jangkitan HPV genital merupakan jangkitan kelamin yang paling biasa di seluruh dunia, dan saringan berkala adalah disyorkan. Di Hospital Pantai, anda boleh mendapatkan perkhidmatan saringan oleh profesional terlatih dan teknologi serta kaedah saringan terkini.
Kanser serviks rata-ratanya dikaitkan dengan jangkitan berterusan oleh jenis HPV berisiko tinggi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa HPV jenis 16 dan 18 bertanggungjawab untuk kira-kira 70% kes kanser serviks di seluruh dunia (WHO, 2020).
Memahami punca HPV dan kanser serviks boleh membantu dalam pencegahan penyakit tersebut.
Kedua-dua ujian ini paling berkesan apabila digunakan sebagai sebahagian daripada jadual saringan rutin yang disyorkan oleh penyedia penjagaan kesihatan. Menurut Persatuan Kanser Amerika, menggabungkan ujian ini (ujian bersama) meningkatkan ketepatan saringan kanser serviks dengan ketara (ACS, 2022).
Ramai individu bimbang bahawa saringan atau rawatan kanser serviks mungkin mempengaruhi keupayaan mereka untuk hamil. Penting untuk menangani kebimbangan ini dengan maklumat yang tepat, terutamanya bagi mereka yang mendapatkan nasihat daripada klinik kesuburan di Malaysia.
Ujian HPV dan ujian Pap adalah mudah, iaitu prosedur tak invasif yang melibatkan pengumpulan sampel sel serviks. Ujian ini sendiri tidak memberikan kesan terhadap kesuburan, menjadikan ia selamat untuk wanita yang merancang kehamilan. Kebimbangan tentang kesuburan biasanya timbul apabila rawatan susulan diperlukan kerana keputusan yang tidak normal.
Sebagai contoh, rawatan seperti krioterapi, terapi laser atau biopsi kon sering digunakan untuk mengurus sel serviks prakanser atau kanser. +Walaupun prosedur ini berkesan, sesetengahnya mungkin meningkatkan sedikit risiko komplikasi seperti serviks tak kompeten atau kelahiran pramatang. Walau bagaimanapun, kemajuan dalam teknik perubatan telah banyak meminimumkan risiko sedemikian.
Jika anda mempunyai kebimbangan tentang cara prosedur ini mungkin menjejaskan kesihatan reproduktif anda, rundingan dengan klinik kesuburan di Malaysia boleh memberikan panduan yang disesuaikan. Pakar boleh membantu anda memahami risiko dan manfaat, memastikan matlamat kesihatan dan kesuburan anda sejajar dengan pilihan rawatan anda. Komunikasi terbuka dengan penyedia penjagaan kesihatan anda merupakan kunci untuk menangani sebarang masalah berkaitan kesuburan dengan berkesan.
Memahami perbezaan antara ujian HPV dengan Pap, manfaat, serta potensi kesannya terhadap kesuburan adalah penting untuk membuat pilihan kesihatan yang tepat. Saringan berkala, digabungkan dengan pelarasan gaya hidup dan vaksinasi HPV, boleh mengurangkan risiko kanser serviks secara mendadak.
Vaksin HPV telah menunjukkan keberkesanan dalam menurunkan risiko pembentukan ketuat genital, ketuat anogenital dan kanser, termasuk kanser orofarinks dengan ketara, melalui pencegahan kebanyakan jangkitan HPV.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasihat pakar atau ingin mengambil langkah proaktif demi kesihatan mereka, Hospital Pantai Penang menawarkan perkhidmatan saringan yang komprehensif. Buat tempahan janji temu hari ini untuk menerima rawatan yang diperibadikan daripada pasukan pakar kanser mereka yang berdedikasi, memastikan anda menerima penjagaan kesihatan yang terbaik. Anda juga boleh membuat tempahan janji temu dengan memuat turun aplikasi MyHealth360 daripada Google Play Store atau Apple App Store.
Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan. Jangan biarkan keadaan tersebut bertambah serius.