Accident and Emergency Services NEW
Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan 24/7
Pakar Bertugas
Pakar bagi Penjagaan Kritikal
Pakar Perubatan Kecemasan

Kemalangan & Kecemasan

Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan di PHKL disediakan 24/7, sepanjang hari, pada setiap hari termasuk Cuti Awam, untuk mengendalikan semua keperluan kecemasan anda. Perkhidmatan A&E di PHKL berada di bawah Hospital Pantai Kuala Lumpur, iaitu penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di Malaysia, dan dilengkapkan dengan kemudahan yang terkini dan terbaik bagi mengendalikan sebarang kecederaan kecemasan.

Sebagai jabatan khusus, Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan di PHKL mempunyai kumpulan doktor dan jururawat khas, yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman dalam menguruskan sebarang jenis kecemasan. Perkhidmatan A & E di PHKL sentiasa mengutamakan pesakit dan berusaha untuk memastikan kesihatan dan keselamatan anda dalam mengendalikan semua kes kritikal yang mengancam nyawa mahupun keadaan kecemasan biasa.

"JIKA ADA KECEMASAN, TELEFON +603-2296 0999!"

Klasifikasi & Masa Menunggu

Sistem klasifikasi mengkelaskan pesakit menurut kategori supaya mereka yang perlukan perubatan segera dapat dibantu lebih awal. Penilaian akan dibuat menurut tahap kesakitan pesakit setibanya mereka di unit kecemasan.

Gambaran keseluruhan bagi tiga kategori sistem keakutan klasifikasi;

Zon Merah: Kecemasan

    Kecemasan

    Dalam 5 minit

  • Pegun kardiopulmonari, gangguan pernafasan teruk, cedera bakar parah, trauma peringkat 1, pendarahan banyak tidak terkawal, koma, dll.

    Zon Kuning: Kritikal

      Kritikal

      Bawah 30 minit

    • Contohnya, fraktur terbuka, cirit-birit, muntah dengan dehidrasi, sakit dada sedang berlaku, pendarahan parah akut, sakit abdomen akut, dll.

    Zon Hijau: Tidak Kritikal

      Kelas 3 (1) Bukan kritikal tetapi memerlukan berbilang sumber

      Bawah 60 minit

    • Contohnya, sebarang kecemasan yang perlu menggunakan berbilang kemudahan seperti ujian darah dan pengimejan pada waktu yang sama.

    • Kelas 3 (2) Bukan kritikal tetapi memerlukan satu sumber

      Bawah 90 minit

    • Contohnya, perlu menjalani ujian darah sahaja atau pengimejan sahaja
      Kelas 3 (3) Bukan kritikal tanpa memerlukan sebarang sumber

      Bawah 90 minit

    • Perlu mendapatkan perundingan sahaja.


    Soalan-soalan Kerap Ditanya (FAQ)
    Loading...
    Thank you for your patience