Kerjaya

Untuk syarikat kami terus berkembang dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, kami sedang mencari individu-individu dinamik untuk menyertai kami di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Kami sedang mencari

Allied Health

Ketua Ahli Embriologi (Jabatan Persenyawaan Luar Rahim)

Calon-calon mesti memenuhi kriteria ini:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Kedoktoran (PhD) atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda dalam Bioperubatan (lebih baik jika dalam bidang Embriologi atau Pembiakan Tiruan) atau yang setara.
  • Sekurang-kurangnya 6 tahun pengalaman kerja dalam persekitaran hospital dengan minimum 300 kitaran INF/ICSI telah dilengkapkan tanpa penyeliaan.
  • Berpengetahuan dalam Teknik Pembiakan Tiruan.
  • Bertanggungjawab atas operasi dan pentadbiran keseluruhan Unit Persenyawaan Luar Rahim.
  • Kemahiran antara perorangan dan berkomunikasi yang baik.
Jururadiografi (Jabatan Pengimejan)

Calon-calon mesti memenuhi kriteria ini:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah dalam Radiografi/Radiografi Diagnostik & Pengimejan.
  •  Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam persekitaran hospital
  •  Boleh menjalankan pemeriksaan radiografi menggunakan kaedah pengimejan umum atau lanjutan (contohnya Ultrabunyi, CT, Perubatan Nuklear, MRI, Angiografi, dll.)
  •  Boleh menjaga kerahsiaan maklumat kesihatan pesakit.
  • Kemahiran antara perorangan dan berkomunikasi yang baik.
Juruteknologi Kardiovaskular (Pusat Jantung)

Calon-calon mesti memenuhi kriteria ini:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma/ Pasca Asas/ Ijazah dalam Teknologi Kardiovaskular.
  •  Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
  •  Boleh menjalankan ujian kardiovaskular rutin, termasuk ekokardiografi, ekokardiografi transtorasik, ujian ECG sawat injak, tekanan darah, pengawasan tekanan darah ambulatori dan pengawasan peranti Holter.
  •  Boleh menjaga kerahsiaan maklumat kesihatan pesakit.
  • Kemahiran antara perorangan dan berkomunikasi yang baik.
Ahli Farmasi (Perkhidmatan Farmasi)

Calon-calon mesti memenuhi kriteria ini:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah dalam Farmasi atau sebarang kelayakan lain yang setara dan berkaitan dengan Farmasi.
  •  Mesti adalah Ahli Farmasi Berdaftar Penuh (FRP) dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
  •  Mesti memegang Sijil Tahunan bagi Ahi Farmasi (Borang 12) yang sah.
  •  Menyemak preskripsi yang ditulis untuk memastikan ketepatan dan kesahannya.
  •  Boleh menguruskan dan memastikan keberkesanan operasi harian bagi jabatan Farmasi.
  • Kemahiran antara perorangan dan berkomunikasi yang baik dan boleh bekerja secara berkumpulan

Kejururawatan

Pembantu Pengurus Jururawat / Pengurus Jururawat (bertugas malam secara tetap)

Calon-calon mesti memenuhi kriteria ini:

  • Jururawat Berdaftar dengan Sijil Pengamalan Tahunan (APC) semasa yang sah daripada Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Memiliki Sijil Pasca Asas/Ijazah Sarjana Muda dalam Kejururawatan dan sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja sebagai Pengurus Jururawat.
  • Sijil Bantuan Hayat Asas (BLS) yang sah.
  • Boleh menguruskan operasi harian di wad secara cekap dan berkesan, dan memastikan wad berjalan lancar dengan menyediakan penjagaan dan rawatan jururawat yang berkualiti bagi semua pesakit.
  • Ciri-ciri kepimpinan yang baik, dan cekap memanfaatkan kepakaran mereka dan membina keyakinan pasukan jururawat dan juga hospital.

Sokongan

Juruteknik Kemudahan & Keselamatan (Kemudahan & Keselamatan)

Calon-calon mesti memenuhi kriteria ini:

  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau Sijil dalam Mekanikal & Elektrik atau yang setara.
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan peralatan dan sistem di tempat kami sentiasa berada dalam keadaan baik.
  • Boleh bekerja dalam giliran syif dan sedia untuk bekerja apabila dipanggil.
  • Bersikap positif, cekap dalam bekerja secara berpasukan dan memiliki kemahiran antara perorangan yang baik.

Pemohon boleh menghantar resume terperinci yang menyatakan kelayakan, gaji yang diminta, nombor telefon dan foto saiz pasport yang terkini (tidak dikembalikan), melalui surat atau e-mel kepada:

Jabatan Sumber Manusia
Hospital Pantai Kuala Lumpur
9th Floor, Block A No. 8, Jalan Bukit Pantai
59100 Kuala Lumpur Malaysia

ATAU hantar e-mel kepada

[email protected]

Hanya calon-calon yang disenarai pendekkan akan dimaklumkan.

Loading...
Thank you for your patience