Saringan Kesihatan Lengkap

Jadilah proaktif, dan dapatkan saringan kesihatan di Hospital Pantai di seluruh negara

Rasa tidak bermaya? Menghabiskan terlalu banyak masa duduk di pejabat? Masa tidak mencukupi untuk pergi berjoging atau bersenam di gim? Kebanyakan orang menjalani gaya hidup sedentari yang tidak bermanfaat untuk kesihatan.

Ramai orang cenderung untuk mendapatkan bantuan perubatan hanya apabila mereka sakit atau rasa tidak sihat akibat pelbagai gejala yang dialami, seperti demam atau rasa sakit pada bahagian badan yang tertentu.

Bagaimanapun, menunggu sehingga gejala timbul bermakna kesihatan akan dikompromi. Ini kerana sesuatu penyakit boleh mengakibatkan kesan yang merosakkan badan meskipun belum menunjukkan tanda dan gejala awal.

Saringan kesihatan, yang biasanya dikenali sebagai pemeriksaan kesihatan atau pemeriksaan perubatan, adalah sebahagian penting daripada penjagaan kesihatan. Saringan kesihatan yang tepat pada masanya akan membantu individu mengenal pasti isu kesihatan yang mungkin ada pada mereka. Ia juga adalah satu-satunya cara untuk memulakan rawatan atau ubat-ubatan sebelum berlakunya kesan negatif kepada badan.

Hospital Pantai menawarkan pelbagai pakej saringan kesihatan untuk pengesanan awal penyakit biasa seperti tekanan darah tinggi, diabetes melitus, kanser dan sakit jantung. Kemungkinan mendapat penyakit yang membawa maut ini boleh dikurangkan dengan menjalani gaya hidup yang sihat, bersenam secara tetap dan mengamalkan diet yang betul. Saringan tahunan adalah bermanfaat dan disyorkan untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas.


Soalan Lazim tentang Perkhidmatan Saringan Kesihatan

1. Apa itu saringan kesihatan?

Saringan kesihatan adalah penting kerana ia membantu menentukan jika kita ada sesuatu penyakit atau masalah perubatan. Kadang-kadang, penyakit tersebut belum menunjukkan gejala. Contohnya, diabetes mengambil masa yang lama untuk terjadi dan mungkin telah bermula tanpa menunjukkan sebarang tanda pada individu yang terjejas.

Mengesan permulaan penyakit serius tepat pada waktunya adalah penting juga. Contohnya, penyakit kanser.

Pengesanan awal adalah kritikal untuk menghalang tisu kanser daripada merebak dari satu kawasan ke seluruh badan. Diagnosis awal akan membolehkan doktor untuk memulakan rawatan awal dengan kadar pemulihan yang lebih tinggi.

Saringan kesihatan secara tetap boleh membantu mendiagnosis awal, dan pengesanan awal boleh mengurangkan komplikasi, memperbaiki hasil jangka panjang dan menyelamatkan nyawa. Mengambil kawalan ke atas kesihatan anda dengan menjalani saringan kesihatan untuk mengesan penyakit lebih awal, akan membolehkan sebarang rawatan dilakukan lebih awal. Ia juga boleh membantu anda mengenal pasti dan menguruskan profil risiko kesihatan anda.

Selain itu, saringan kesihatan boleh mengingatkan individu tentang kepentingan mengubah gaya hidup mereka bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Apabila seseorang menjalani saringan kesihatan, mereka akan dapat tahu apa yang boleh dilakukan untuk mencegah perkembangan masalah tertentu dalam badan mereka. Ini termasuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, bersenam secara rutin, menguruskan tahap stres dan sebagainya.

Perubahan gaya hidup yang disyorkan oleh doktor boleh memberi manfaat kepada individu dan kesihatan mereka, terutamanya untuk jangka masa panjang kerana ia boleh mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit tertentu.

Saringan kesihatan juga boleh menjimatkan kos yang mungkin diperlukan untuk merawat penyakit pada tahap kemudian yang lebih merbahaya. Kos rawatan untuk masalah kesihatan pada tahap awal selalunya lebih murah berbanding kos pada tahap yang agak lewat.

2. Mengapa saringan kesihatan secara tetap itu penting?

Saringan kesihatan adalah penting kerana ia membantu menentukan jika kita ada sesuatu penyakit atau masalah perubatan. Kadang-kadang, penyakit tersebut belum menunjukkan gejala. Contohnya, diabetes mengambil masa yang lama untuk terjadi dan mungkin telah bermula tanpa menunjukkan sebarang tanda pada individu yang terjejas.

Saringan kesihatan secara tetap boleh membantu mendiagnosis awal, dan pengesanan awal boleh mengurangkan komplikasi, memperbaiki hasil jangka panjang dan menyelamatkan nyawa. Mengambil kawalan ke atas kesihatan anda dengan menjalani saringan kesihatan untuk mengesan penyakit lebih awal, akan membolehkan sebarang rawatan dilakukan lebih awal. Ia juga boleh membantu anda mengenal pasti dan menguruskan profil risiko kesihatan anda.

3. Siapa yang patut melakukan saringan kesihatan?

Umumnya, semua orang boleh dan patut menjalani saringan kesihatan secara tetap.

Saringan kesihatan yang terperinci patut dijalani secara tetap - sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun atau sekali setahun apabila mencapai umur tertentu.

Rancang awal untuk saringan kesihatan anda kerana ia boleh menukar kehidupan anda jika benar-benar wujudnya isu perubatan.

Orang dalam kategori "risiko tinggi" untuk penyakit tertentu pula mungkin perlu berbincang dengan doktor mereka untuk menyediakan jadual tahunan bagi saringan kesihatan.

4. Berapa kerap saringan kesihatan patut dijalani?

Kekerapan menjalani saringan kesihatan yang disyorkan akan bergantung pada umur, faktor risiko dan status kesihatan terkini individu tersebut.

Individu di bawah umur 50 tahun yang sihat patut menjalani saringan kesihatan sekali setiap 2 tahun.

Individu berumur 50 tahun ke atas pula patut menjalani saringan kesihatan setiap tahun.

Bagaimanapun, individu yang mempunyai penyakit kronik, seperti diabetes, disyorkan untuk menjalani saringan kesihatan lebih kerap, tanpa mengambil kira umur mereka.

Pada dasarnya, doktor boleh memberi cadangan yang terbaik bagi kekerapan saringan kesihatan yang patut anda jalani kerana haluan setiap individu adalah berbeza.

Bagaimana untuk membuat tempahan janji temu saringan kesihatan di Hospital Pantai?

Untuk membuat tempahan janji temu, sila hubungi pusat saringan kesihatan lebih awal, sekurang-kurangnya 2 hari kerja. Kami sedia membantu anda memilih pakej saringan kesihatan yang paling sesuai untuk anda. Ujian tambahan boleh diaturkan jika diminta atau jika disyorkan oleh doktor kami.

Hospital Pertanyaan dan Janji Temu Waktu Operasi
Hospital Pantai Ampang Tel: +603-4289 2828; samb. 2800
WhatsApp: +6016 398 2828
E-mel: [email protected]
Isnin - Jumaat: 9.00 pg. hingga 5.00 ptg.
Sabtu: 9.00 pg. hingga 1.00 tgh.
Ahad dan Cuti Umum Tutup
Hospital Pantai Ayer Keroh Tel: +606-231 9999; samb. 2130
E-mel: [email protected]
Isnin - Jumaat: 8.30 pg. hingga 5.00 ptg.
Sabtu: 8.30 pg. hingga 1.00 tgh.
Hospital Pantai Cheras Tel: +603-9145 2974
E-mel: [email protected]
Isnin - Jumaat: 8.30 pg. hingga 4.30 ptg.
Sabtu: 8.30 pg. hingga 1.00 tgh.
Hospital Pantai Klang Tel: +603-3258 5500
WhatsApp: +6016 225 5500
E-mel: [email protected]
Isnin - Jumaat: 9.00 pg. hingga 5.00 ptg.
Sabtu: 9.00 pg. hingga 1.00 tgh.
Hospital Pantai Kuala Lumpur Tel: +603-2296 0942 / +603-2296 0944
WhatsApp: +6016-313 0888
E-mel: [email protected]
Isnin - Jumaat: 8.30 pg. hingga 4.30 ptg.
Sabtu: 8.00 pg. hingga 12.30 tgh.
Hospital Pantai Pulau Pinang Tel: +604-6396 548
E-mel: [email protected]
Isnin - Jumaat: 8.30 pg. - 5.00 ptg.
Sabtu: 8.30 pg. hingga 1.00 tgh.
Hospital Pantai Sungai Petani Tel: +604-445 8988
E-mel: [email protected]
Ahad - Khamis: 8.30 pg. hingga 5.00 ptg.
Jumaat: 8.30 pg. hingga 1.00 tgh.
Hospital Pantai Laguna Merbok Tel: +6019-4775388
E-mel: [email protected]
Ahad hingga Khamis: 8.30 pg. hingga 5.00 ptg.
Sabtu: Tutup
Make an Appointment

Terms & Conditions apply

Apa yang akan berlaku semasa saringan kesihatan?

Sebelum janji temu

  • Dapatkan tidur yang cukup (sekurang-kurangnya 6 jam)
  • Berpuasa sekurang-kurangnya 8-10 jam sebelum janji temu (meminum air biasa dibenarkan)
  • Elakkan merokok atau mengambil alkohol sekurang-kurangnya 8 jam sebelum janji temu.
  • Jangan mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 8 jam sebelum janji temu.
  • Melainkan dinasihatkan oleh doktor anda, tangguhkan mengambil sebarang ubat rutin pada waktu pagi (kecuali ubat anti hipertensi) sehingga ujian darah selesai.
  • Wanita yang akan menjalani mamogram dinasihatkan untuk tidak menggunakan deodoran atau bedak talkum.
  • Jadualkan saringan kesihatan anda 10 hari selepas hari pertama haid, jika menjalani ujian Pap smear.

Ini adalah keperluan asas, tetapi mungkin ada keperluan yang lebih spesifik, bergantung pada jenis saringan kesihatan yang akan dijalani.

Individu dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu tentang apa yang perlu dilakukan sebelum menjalani saringan kesihatan.


Item yang perlu dibawa

  • Bawa bersama kasut yang sesuai dan pakaian yang selesa jika menjalani ujian stres (treadmill)
  • Rekod perubatan sebelum ini (jika ada) khususnya X-ray, Imbasan MRI dan CT terakhir anda untuk dibandingkan.
  • Kaca mata (cermin mata) untuk ujian penglihatan anda. Tanggalkan kanta sentuh sebelum melalui ujian penglihatan.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menjalani saringan kesihatan?

  • Saringan kesihatan melibatkan pelbagai ujian seperti mengambil sampel darah, pemeriksaan jantung, mengambil sampel urin, saringan kesihatan mental dan sebagainya.
  • Bergantung pada pakej saringan yang dipilih oleh individu, saringan boleh mengambil masa daripada 30 minit sehingga 4 jam.

Semakan dan pengambilan laporan saringan kesihatan

  • Bergantung pada ketersediaan doktor yang bertugas, anda boleh memohon untuk mengambil laporan saringan kesihatan anda pada hari yang sama atau aturkan janji temu untuk mengambil laporan anda pada hari yang lain.

Lindungi diri anda dengan menjalani saringan hari ini di Hospital Pantai

Mencegah lebih baik daripada merawat.

Di Hospital Pantai, kami menawarkan pelbagai program saringan kesihatan yang disesuaikan untuk setiap individu, menurut keperluan kesihatan mereka.

Pasukan penjagaan kesihatan profesional kami akan membantu mengesyorkan atau menyesuaikan pakej saringan mengikut umur, jantina, sejarah keluarga dan perubatan anda. Selain itu, rundingan dengan doktor akan diadakan selepas saringan untuk memastikan anda memahami status kesihatan anda.

Kami berusaha untuk memastikan perkhidmatan dan penjagaan yang berkualiti tinggi untuk pesakit kami, dengan sokongan teknologi kesihatan yang canggih dan pakar klinikal. Sebagai pusat sehenti, kebanyakan ujian akan dilakukan di pusat kami supaya pesakit tidak perlu pergi dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain.

Ketahui lebih lanjut tentang Pakej Saringan Kesihatan di Hospital Pantai yang terdekat

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience