Perubatan Dalaman

Subkepakaran perubatan palaman

Subkepakaran perubatan dalaman termasuk:

  • Kardiologi
  • Endokrinologi
  • Gastroenterologi
  • Penyakit berjangkit
  • Hematologi
  • Onkologi
  • Pulmonologi
  • Reumatologi
  • Imunologi
  • Nefrologi
  • Neurologi
  • Penjagaan kritikal

Perubatan dalaman berbanding perubatan keluarga

Doktor perubatan dalaman dan doktor perubatan keluarga mempunyai skop pekerjaan yang hampir sama, tetapi masih ada sedikit perbezaan yang ketara.

Berikut adalah perbezaan antara dua bidang ini:

Perubatan dalaman Perubatan keluarga
Pengkhususan merawat orang dewasa Menyediakan penjagaan untuk pesakit dalam semua peringkat umur, dari lahir hingga remaja dan berusia
Dilatih dalam subkepakaran seperti pulmonolgi dan kardiologi Dilatih untuk menguruskan masalah perubatan dalam spektrum yang luas
Pesakit dalam dan pesakit luar Terutamanya pesakit luar

Perubatan dalaman berbanding pengamal perubatan am

Perubatan dalaman dan pengamal perubatan am adalah serupa, tetapi mempunyai beberapa perbezaan penting:

Perubatan dalaman Pengamal perubatan am
Pengkhususan merawat orang dewasa Menyediakan penjagaan untuk pesakit dalam semua peringkat umur
Dilatih dalam subkepakaran seperti pulmonolgi dan kardiologi Menyediakan penjagaan asas dan rawatan kecederaan serta luka
Pesakit dalam dan pesakit luar Terutamanya pesakit luar

Siapakah doktor perubatan dalaman?

Doktor perubatan dalaman adalah pakar dalam bidang perubatan dalaman yang telah dilatih untuk merawat pelbagai penyakit tanpa mengira betapa kompleks atau luar biasanya penyakit itu.

Doktor perubatan dalaman boleh merawat masalah berkaitan dengan jantung, paru-paru, otak dan organ lain.


Apakah yang dilakukan oleh doktor perubatan dalaman?

Doktor-doktor perubatan dalaman menjaga terutamanya orang dewasa, dan mereka pakar dalam mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit orang dewasa. Mereka dilatih untuk menyediakan penjagaan bagi pelbagai masalah kesihatan dan untuk mendidik pesakit berkenaan penjagaan pencegahan dan kesejahteraan.


Pakar perubatan dalaman di Malaysia

Hospital Pantai menyediakan penjagaan klinikal yang berkualiti melalui pasukan doktor perubatan dalaman yang bertauliah. Hubungi kami untuk membuat tempahan janji temu hari ini. Kami menjamin penjagaan yang terbaik, dan khusus untuk keperluan spesifik anda.

Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan Perubatan Dalaman di Hospital Pantai yang terdekat.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience