Kaki Diabetes: Simptom, Rawatan, Pencegahan

Kebanyakan karbohidrat ditukar kepada glukosa dan cepat diserap ke dalam aliran darah apabila anda makan. Peningkatan gula dalam darah menyebabkan pankreas menghasilkan dan merembeskan hormon insulin untuk mengawal gula darah dalam julat normal.

Diabetes melitus (DM) adalah satu keadaan apabila paras glukosa darah tinggi secara luar biasa kerana badan sama ada tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan.

Biasanya, gula darah meningkat selepas makan dan turun dalam 1 hingga 2 jam, manakala paras gula dalam darah pada penghidap diabetes mungkin kekal meningkat selama beberapa jam.

Apa itu kaki diabetes?

Diabetes melitus sering dikaitkan dengan masalah kaki - seperti kaki diabetes - yang boleh berkembang dari semasa ke semasa apabila saluran darah dan saraf rosak akibat gula dalam darah yang tinggi.

Neuropati diabetes

  • Diabetes boleh mengurangkan bekalan darah ke kaki dan merosakkan saraf yang membawa sensasi. Masalah ini dikenali sebagai neuropati diabetes.
  • Individu yang mengalami neuropati lebih berisiko untuk mengalami masalah berkaitan kaki yang berpotensi serius seperti ulser, kerana mereka mungkin kehilangan keupayaan untuk merasai sensasi.
  • Apabila anda kehilangan sensasi di kaki anda, anda mungkin tidak dapat merasakan lepuh pada kaki anda yang boleh menyebabkan luka dan kudis yang boleh dijangkiti.
  • Sebaliknya, bekalan darah yang tidak mencukupi ke kaki dan tapak kaki boleh menyebabkan luka atau jangkitan sukar sembuh. Kadang-kadang, ia boleh menjadi jangkitan kronik yang tidak sembuh.

Bagaimana diagnosis kaki diabetes dibuat?

Apakah yang boleh saya lakukan untuk melindungi kaki saya jika saya menghidap diabetes?

Orang yang menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kaki. Selain mengawal gula dalam darah anda, mengamalkan penjagaan kaki yang baik dan memeriksa kaki anda setiap hari untuk mengelakkan komplikasi adalah penting.

  • Elakkan daripada berkaki ayam.
  • Elakkan menggunakan pad pemanas atau masuk ke dalam tab mandi air panas tanpa menguji suhu terlebih dahulu.
  • Periksa kaki anda setiap hari dan cari perubahan seperti kemerahan, bengkak, luka dan lepuh di antara dan di bawah jari kaki. Jangan pecahkan lepuh atau mengorek kulit pada kaki anda.
  • Gunakan air suam dan sabun lembut untuk membasuh kaki anda setiap hari. Keringkan dengan teliti terutamanya di antara jari kaki, dengan menepuknya perlahan-lahan dengan tuala bersih.
  • Potong kuku kaki anda dengan berhati-hati dan lurus. Elakkan memotong kuku kaki terlalu pendek atau ke bawah bahagian tepi. Elakkan daripada memotong kutikel anda, sama ada oleh diri sendiri atau oleh pakar rias kuku. Anda harus mendapatkan rawatan yang sewajarnya jika anda mempunyai kalus atau kuku kaki cekam.
  • Pakai sarung kaki kapas yang bersih dan kering yang muat dengan elok. Jangan lupa untuk menukar stokin anda setiap hari. Pakai kasut yang sesuai, tidak terlalu ketat dan mempunyai kotak jari kaki yang lebar. Anda mungkin memerlukan kasut yang dibuat khas jika anda mengalami kecacatan kaki atau ulser. Selain itu, pelapik kasut boleh melindungi langkah anda dan mengurangkan tekanan pada tapak kaki anda.
  • Dapatkan pemeriksaan kaki secara berkala oleh doktor anda.
  • Berhenti merokok kerana ia boleh memburukkan masalah jantung dan peredaran darah yang boleh mengurangkan aliran darah ke kaki.
  • Mengekalkan paras glukosa darah yang baik untuk mengelakkan kaki diabetes. Pengurusan tahap glukosa darah yang betul boleh mengurangkan kemungkinan masalah peredaran darah dan kerosakan saraf yang sering mengakibatkan komplikasi kaki.

Bilakah saya perlu melawat doktor untuk kaki diabetes?

Berjumpa doktor anda dengan segera jika anda menghidap diabetes melitus dan perhatikan mana-mana tanda yang berikut:

  • Kebas, sesemut, sakit di kaki
  • Kekurangan upaya untuk merasa panas, sejuk atau sakit
  • Luka, lepuh, kudis atau lebam yang tidak sembuh 
  • Sakit, bengkak atau kemerahan pada kaki anda
  • Keluar nanah atau jangkitan kaki yang berbau busuk

Buat tempahan janji temu di Hospital Pantai

Komplikasi kaki yang serius akibat diabetes boleh dicegah dalam kebanyakan kes. Cara terbaik untuk mencegah komplikasi kaki adalah dengan menjaganya secara rutin di rumah dan berjumpa doktor anda dengan kerap.

Pasukan Pakar Ortopedik yang berdedikasi dan pakar di Hospital Pantai bersedia untuk berunding bagi memberikan penjagaan dan bantuan yang terbaik.

Hubungi kami untuk menempah janji temu anda hari ini jika anda bimbang atau ada pertanyaan berkenaan kaki diabetes. Kami menjamin penjagaan yang terbaik untuk keperluan spesifik anda.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Loading...
Thank you for your patience